awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Junta Niger arah polis usir Duta Perancis

Bernama
Bernama
01/09/2023
05:01 MYT
Junta Niger arah polis usir Duta Perancis
Penyokong junta Niger memegang bendera Rusia sebelum memulakan protes membantah campur tangan negara luar, di Niamey, Niger, 3 Ogos 2023. (Foto AP)
NIAMEY: Polis Niger telah dikerah mengusir Duta Perancis ke Niger Sylvain Itte, selepas tempoh akhir 48 jam yang diberikan kepadanya untuk meninggalkan negara itu tamat, lapor Xinhua memetik kenyataan rasmi yang disiarkan di radio nasional pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar dan Kerjasama junta Niger telah memaklumkan kepada Kementerian Luar Perancis mengenai keputusan itu.
"Kad diplomatik dan visa bekas duta ke Niger itu dan keluarganya kini tidak lagi sah," menurut kenyataan itu.
Selepas tempoh itu tamat pada 28 Ogos, individu berkenaan tidak lagi menikmati status istimewa dan kekebalan sebagai anggota pegawai diplomatik di kedutaan.
Jumaat lepas, junta Niger mengarahkan duta Perancis itu meninggalkan Niger dalam tempoh 48 jam berikutan beberapa tindakan beliau didakwa bertentangan dengan kepentingan nasional.
Kementerian Luar Perancis dalam maklum balasnya berkata negara itu tidak menerima keputusan junta kerana "kerajaan tentera tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Perancis menarik balik utusannya."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#usir Duta Perancis
#polis
#Junta Niger
#Sylvain Itte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan