awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabel penyokong terputus punca kereta kabel terhempas

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2025
01:00 MYT
Kabel penyokong terputus punca kereta kabel terhempas
Siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak pendakwa raya di Torre Annunziata bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. - Foto AP
NAPLES: Empat maut dan seorang cedera parah dalam kejadian ngeri apabila sebuah kereta kabel terhempas ke tanah berhampiran bandar Naples, selatan Itali pada Khamis.
Tragedi itu berlaku di laluan kereta kabel yang menghubungkan bandar Castellammare di Stabia dengan Monte Faito, sebuah puncak pergunungan yang terkenal dengan pemandangan indah Gunung Vesuvius dan Teluk Naples.
Kereta kabel berkenaan jatuh selepas kabel penyokong utamanya dipercayai putus.
Antara mangsa yang terkorban ialah seorang pengendali kereta kabel dari bandar berhampiran, dua pelancong dari Britain, serta seorang lagi dari Israel.
Seorang lagi pelancong Israel yang turut berada dalam kabin kini dalam keadaan kritikal namun stabil.
Pengerusi syarikat pengangkutan awam EAV, yang mengendalikan perkhidmatan kereta kabel itu, Umberto De Gregorio berkata, ia satu tragedi yang tidak terbayangkan.
Beliau menyatakan rasa terkejut kerana semua ujian keselamatan yang diwajibkan oleh undang-undang telah dijalankan sebelum perkhidmatan tersebut dibuka semula minggu lalu untuk musim bunga dan musim panas.
Menurut EAV, kereta kabel Monte Faito merupakan tarikan pelancong dengan pemandangan menakjubkan dan telah membawa 113,000 penumpang pada tahun lalu.
Kejadian turut menyebabkan satu lagi kabin terhenti di pertengahan laluan berdekatan kaki gunung, dipercayai diselamatkan oleh brek kecemasan yang gagal berfungsi pada kabin yang terhempas.
Sembilan individu berjaya diselamatkan dari kabin tersebut menurut pasukan bomba.
Rakaman media menunjukkan mereka dipindahkan seorang demi seorang menggunakan abah-abah.
Siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak pendakwa raya di Torre Annunziata bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Topic Berkaitan
#Nahas
#kereta kabel
#terhempas
#Gunung Vesuvius
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan