awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaku dalam dua acara, Senator McConnell dibenarkan terus bertugas

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2023
04:10 MYT
Kaku dalam dua acara, Senator McConnell dibenarkan terus bertugas
McConnell dilihat terdiam selama kira-kira 30 saat semasa sidang akhbar pada Rabu di Kentucky, hampir sebulan selepas kejadian serupa di Washington. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Pemimpin Republik Senat, Mitch Mcconnell diberi kebenaran untuk terus bertugas selepas doktor Kongres menilai insiden di mana McConnell sekali lagi dilihat terkaku beberapa ketika dalam satu acara di Kentucky.
Kejadian itu merupakan insiden kedua yang berlaku di khalayak ramai yang telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan Senator Republikan dan spekulasi tentang keupayaannya untuk kekal sebagai pemimpin.
McConnell, 81, dilihat terdiam selama kira-kira 30 saat semasa sidang akhbar pada Rabu di Kentucky, hampir sebulan selepas kejadian serupa di Washington di mana dia terkaku selama kira-kira 20 saat pada sidang akhbar di Capitol.
McConnell bagaimanapun menjawab dua soalan tambahan pada sidang akhbar di Kentucky, namun dilihat mengalami kesukaran bercakap.
Sidang akhbar berkenaan kemudian ditamatkan dan McConnell perlahan-lahan meninggalkan bilik itu.
Pada Mac, McConnell mengalami gegaran otak dan patah tulang rusuk selepas terjatuh dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel.
Doktor Kongres, Dr Brian Monahan mengeluarkan kenyataan ringkas mengatakan bahawa dia telah berunding dengan McConnell dan pasukan neurologinya dan membenarkan senator meneruskan jadualnya.
Dewan Negara Amerika Syarikat (AS) dijadualkan bersidang minggu depan selepas direhatkan pada Ogos.
Kesihatan McConnell ternyata merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini sejak kemalangan gegaran otak pada Mac.
Perbincangan mengenai penggantian Mcconnell kekal tertutup buat masa ini walaupun kebanyakan senator Republikan menyokong secara terbuka.
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Washington
#Pemimpin Republik Senat
#Mitch McConnell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan