awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamala Harris terima pencalonan presiden parti Demokrat AS

Bernama
Bernama
03/08/2024
01:45 MYT
Kamala Harris terima pencalonan presiden parti Demokrat AS
Kamala Harris melambaikan tangan kepada media ketika tiba di Houston, 31 Julai 2024. (Foto AP)
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris memperoleh undian yang mencukupi dari perwakilan Demokrat bagi menjadi calon presiden parti itu, umum Pengerusi Jawatankuasa Nasional Demokrat, Jaime Harrison pada Jumaat.
"Saya dengan bangga mengesahkan bahawa Naib Presiden Harris memperoleh lebih daripada undian majoriti daripada semua perwakilan...
"Anda mengembalikan petisyen pencalonan dengan cepat. Anda menyuarakan pendapat anda dengan jelas. Kita tidak akan berpatah balik. Kita perlu menghantar Kamala Harris ke Rumah Putih.
"Anda menunjukkan dedikasi dan komitmen anda terhadap proses ini," kata Harrison menerusi satu panggilan video, menurut beberapa media Amerika Syarikat.
Pengumuman ini dibuat sebelum Konvensyen Nasional Demokrat (DNC) yang akan diadakan di Chicago dari 19 hingga 22 Ogos, lapor Agensi Anadolu.
Harris memperoleh lebih 2,350 undian bagi pencalonan itu, kurang dua minggu selepas Biden menarik diri daripada pemilihan presiden 2024 dan menyokong Harris sebagai calon Demokrat.
Pengundian maya DNC untuk 4,700 perwakilan bermula pada 9 pagi waktu tempatan pada Khamis dan akan berakhir pada Isnin, 5 Ogos pada 6 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kamala Harris
#Amerika Syarikat
#calon presiden
#Demokrat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan