awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada ikrar kerjasama dengan ASEAN laksana AOIP - Zambry

Bernama
Bernama
13/07/2023
16:06 MYT
Kanada ikrar kerjasama dengan ASEAN laksana AOIP - Zambry
Zambry berkata Kanada mempunyai Strategi Indo-Pasifiknya sebagai pelengkap kepada AOIP untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau. - Facebook Zambry Abd. Kadir
JAKARTA: Kanada komited untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi melaksanakan ASEAN Outlook on Indo-Pacific (AOIP), menurut Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan Persidangan Pasca Menteri ASEAN dengan rakan sejawatannya dari Kanada, Melanie Joly, beliau berkata Kanada mempunyai Strategi Indo-Pasifiknya sebagai pelengkap kepada AOIP untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.
AOIP ialah penegasan peranan kumpulan serantau untuk mengekalkan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik.
Malaysia mengambil alih peranan penyelaras hubungan dialog ASEAN-Kanada pada 2021 hingga 2024.
Sementara itu, Zambry berkata Kenyataan Pemimpin Bersama mengenai Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada telah disahkan semasa mesyuarat hari ini.
Beliau berkata menteri-menteri bersetuju untuk melancarkan Perkongsian Strategik pada Sidang Kemuncak ASEAN-Kanada di Jakarta pada September.
Kedua-dua pihak juga akan meneruskan rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada (ACAFTA), tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanada
#ASEAN
#AOIP
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan