awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada, India saling usir diplomat atas tuduhan membunuh

Agensi
Agensi
14/10/2024
22:45 MYT
Kanada, India saling usir diplomat atas tuduhan membunuh
Perdana Menteri India, Narendra Modi (kanan) berjabat tangan dengan rakan sejawatan Kanada, Justin Trudeau semasa Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di New Delhi, 9 September 2023. - Gambar fail Reuters
KANADA telah mengusir enam diplomat India selepas siasatan polis mengenai "aktiviti jenayah" mendedahkan "kempen keganasan" terhadap pembangkang.
Langkah ini pada awalnya dilaporkan oleh beberapa media pada pagi Isnin, sebelum disahkan oleh Kementerian Luar Kanada pada sebelah petang.
Sebagai tindak balas, Kementerian Luar India mengumumkan, New Delhi telah mengusir enam diplomat Kanada - termasuk Pemangku Pesuruhjaya Tinggi - dan memberi mereka tempoh sehingga hari Sabtu untuk meninggalkan negara itu.
Beberapa jam sebelum itu, India memaklumkan, akan menarik balik diplomat utamanya di Ottawa dan diplomat lain kerana kerajaan Kanada sedang menyiasat mereka sebagai "individu berkepentingan" dalam siasatan tersebut.
Hubungan India-Kanada menjadi tegang sejak September 2023 apabila Perdana Menteri Justin Trudeau mendakwa, Kanada mempunyai bukti yang kukuh untuk mengaitkan ejen-ejen India dengan pembunuhan pemimpin pemisah Sikh, Hardeep Singh Nijjar, di tanah Kanada awal tahun itu.
Nijjar didakwa menyokong penubuhan tanah air Sikh dalam bentuk negara Khalistan yang merdeka dan telah disenaraikan oleh India sebagai "pengganas" pada Julai 2020.
India berulang kali menafikan tuduhan bahawa ejen-ejennya membunuh Nijjar dan mencabar Kanada untuk berkongsi bukti bagi menyokong dakwaan tersebut. - Agensi
Topic Berkaitan
#Kanada-India
#usir diplomat
#tuduhan membunuh
#Justin Trudeau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan