awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada lantik Menteri Kewangan wanita pertama

Astro Awani
Astro Awani
19/08/2020
02:07 MYT
Kanada lantik Menteri Kewangan wanita pertama
Chrystia Freeland bercakap kepada media di Parlimen di Ottawa, Ontario, Kanada, 18 Ogos, 2020. Turut kelihatan, Justin Trudeau. REUTERS
TIMBALAN Perdana Menteri Kanada Chrystia Freeland dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Selasa, dinobat menteri kewangan wanita pertama seumpamanya di negara itu.
Pelantikan dibuat sehari selepas menteri terdahulu, Bill Morneau, meletakkan jawatan berikutan skandal etika dan kemelutnya dengan Perdana Menteri Justin Trudeau berhubung pengurusan perbelanjaan pandemik COVID-19.
Freeland, bekas wartawan yang pernah menjadi Menteri Luar Kanada, akan mengekalkan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau yang berusia 52 tahun merupakan lulusan Harvard dan memiliki sarjana dari Rhodes serta boleh bertutur dalam lima bahasa.
"Saya sedar hakikat yang saya merupakan menteri kewangan wanita pertama Kanada. Sudah tiba masanya kita memecah tradisi," katanya kepada media mengulas pelantikan itu.
"Koronavirus ini masih ada. Ini merupakan cabaran sekali seumur hidup yang menguji seluruh negara kita dan komitmen kita sebagai kerajaan untuk melakukan apa saja yang diperlukan untuk menyokong rakyat Kanada melalui tempoh getir ini," tambahnya.
Morneau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen pada satu sidang media pada Selasa.
Sejak minggu lalu, media Kanada melaporkan wujud keretakan hubungan antara Morneau dan Trudeau dalam usaha kerajaan memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19.
Belanjawan negara itu mengalami defisit lebih AS$257 bilion (RM1,076 bilion).
Topic Berkaitan
#Bill Morneau
#Chrystia Freeland
#ekonomi
#Justin Trudeau
#Kanada
#kerajaan
#koronavirus
#menteri
#pandemik
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan