Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Gempa bumi lemah dikesan di perairan Batu Pahat

Gempa Batu Pahat, MetMalaysia
Pusat gempa berada di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer, iaitu kira-kira 27 kilometer di barat daya Batu Pahat. - MetMalaysia
Advertisement

BATU PAHAT: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 dikesan berlaku di perairan Batu Pahat pada 4.55 petang ini.

​Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa bumi berkenaan berada di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer, iaitu kira-kira 27 kilometer di barat daya Batu Pahat.

​Menurut MetMalaysia, gegaran turut dirasai di Batu Pahat dan kawasan sekitar manakala jabatan itu akan terus memantau keadaan tersebut.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement