awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada sedia terima pelawat luar bermula 1 Oktober

Faida Rahim
Faida Rahim
27/09/2022
04:00 MYT
Kanada sedia terima pelawat luar bermula 1 Oktober
Penarikan balik sekatan tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan Kanada serta perkembangan situasi pandemik. - Foto REUTERS
OTTAWA: Kanada kini bersedia menerima pelancong dari luar negara selepas menarik balik sekatan COVID-19 yang tidak lagi mewajibkan ujian calitan dan menjalani tempoh kuarantin.
Beralih kepada strategi hidup bersama COVID-19, kerajaan Kanada memutuskan menarik balik sekatan berdasarkan kadar pengambilan vaksinasi, ketersediaan vaksin dan pemodelan saintifik yang menunjukkan negara itu telah melepasi kemuncak gelombang terkini jangkitan koronavirus.
Memetik laporan CNA, Menteri Kesihatan Jean-Yves Duclos memaklumkan pihak Kerajaan berterima kasih kepada penduduk Kanada yang memberikan kerjasama dalam pengambilan vaksin.
"Terima kasih kepada rakyat kanada yang mendapatkan vaksin. Diharap langkah ini memberi sinar dan harapan untuk negara bersedia dalam proses pemulihan negara, ekonomi dan sosial.," katanya.
Katanya penarikan balik sekatan tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan Kanada serta perkembangan situasi pandemik.
Duclos berkata kerajaan bersedia untuk mengembalikan semula sekatan jika perlu.
"Jelas sekali kami tidak mempunyai harapan untuk memperkenalkan semula beberapa langkah ini tetapi jika kami perlu melindungi keselamatan warga Kanada, kami perlu melakukannya," katanya kepada pemberita di Ottawa.
Pelancong tanpa mengira kewarganegaraan, tidak perlu menyerahkan maklumat kesihatan melalui aplikasi ArriveCAN atau memberikan bukti vaksinasi mulai 1 Oktober.
Menurut kenyataan Duclos juga, pemakaian pelitup muka di dalam pesawat dan kereta api juga akan dimansuhkan.
Topic Berkaitan
#Kanada
#vaksin
#pelancong Kanada
#Jean-Yves Duclos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan