Menara berputar Tiger Sky Tower di Sentosa di sini ditutup selepas 39 penumpang termasuk empat kanak-kanak dan seorang operator terperangkap lebih empat jam di menara itu pada petang semalam.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 petang itu, Sky Tower yang boleh membawa 55 penumpang pada satu-satu masa tiba-tiba berhenti pada ketinggian 30 meter ketika sedang menaik.
"Sila ambil maklum bahawa Tiger Sky Tower ditutup sehingga diberitahu kelak," menurut laman web Sentosa.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataan di Facebook semalam, kabin penumpang Sky Tower itu dibawa turun secara mekanikal kira-kira pukul 9.45 malam.
"Tiada kecederaan dilaporkan," katanya.
Channel NewsAsia melaporkan Sky Tower akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan untuk memutuskan bila mereka akan mendapat permit operasi untuk meneruskan operasi menara itu.
"Kami mengambil keputusan untuk menggantung operasi sehingga kami tahu apa yang berlaku supaya kami dapat memastikan daya tarikan ini akan terus beroperasi dengan selamat," kata Pengarah Sky Tower Alexander Melchers.
Pada ketinggian 131 meter dari aras laut, pemandangan panorama di sekitar Sentosa dan pulau-pulau di selatan Singapura serta negara jiran Malaysia dan Indonesia dapat diihat dengan menaiki Sky Tower selama tujuh minit.
Ia dikatakan menara pemerhatian tertinggi di Singapura.
Ini merupakan kali ketiga operasi Sky Tower terpaksa ditutup yang mana kali pertama dan kedua berlaku pada 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2017
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 petang itu, Sky Tower yang boleh membawa 55 penumpang pada satu-satu masa tiba-tiba berhenti pada ketinggian 30 meter ketika sedang menaik.- Foto www.sentosa.com.sg
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak dari Gaza ke Eropah untuk rawatan kecemasan
Langkah ini diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin meruncing di wilayah Palestin yang dilanda perang.
Warganegara: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 lulus sokongan dua pertiga
RUU tersebut yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Mac lalu, diluluskan dengan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
Lebih 400,000 kanak-kanak di Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh tiga minggu - UNICEF
Keadaan di tempat perlindungan sangat sesak dan tidak mencukupi, dengan banyak kemudahan kesihatan tidak berfungsi, menyebabkan kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.
Fasa kedua vaksinasi polio di Gaza bermula Isnin ini
Vaksin akan diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun selama tiga hari, dengan kemungkinan dilanjutkan untuk tambahan satu hari lagi.