Skip to main content
Advertisement

Dunia

Kanak-kanak perempuan China cipta rekod dunia Rubik's Cube wanita

In this photo taken from video and released by YouTube@cuberootme, 6-year-old Lian Yunzhi reacts after solving a Rubik's cube at a World Cube Association-certified competition in the central Chinese city of Wuhan in central China's Hubei province on Sept. 13, 2026. (YouTube@cuberootme via AP)
Lian meraikan kejayaannya selepas menyelesaikan Rubik's Cube pada pertandingan yang diperakui Persatuan Kubus Dunia (WCA) di Wuhan, wilayah Hubei, China. - Foto AP
Advertisement

BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari China mencipta rekod dunia baharu kategori wanita bagi Rubik's Cube selepas mencatat purata masa hanya 4.27 saat untuk menyelesaikan teka-teki itu dalam pertandingan yang diperakui Persatuan Kubus Dunia (WCA).

Lian Yunzhi, yang berasal dari Chengdu, wilayah Sichuan, sebelum itu memecahkan rekod sama dengan catatan purata 4.52 saat dalam satu pertandingan di Wuhan sebelum memperbaiki pencapaiannya kepada 4.27 saat dalam kejohanan lain di Guangzhou hanya beberapa hari kemudian.

Menurut media China, pencapaian itu menjadikan Lian satu-satunya peserta wanita yang berjaya mencatat purata masa di bawah 4.5 saat bagi acara Rubik's Cube 3x3x3. Rekod berkenaan turut disenaraikan di laman sesawang WCA.

Lian mula mempelajari Rubik's Cube ketika berusia empat tahun dan pada mulanya mengambil masa kira-kira 90 saat untuk menyelesaikan teka-teki berkenaan.

Dengan latihan berterusan, kemahirannya meningkat dengan ketara sehingga membolehkannya bersaing di peringkat antarabangsa.

Media tempatan melaporkan bahawa Lian telah menguasai lebih 1,300 formula penyelesaian Rubik's Cube dan menjalani latihan selama dua hingga tiga jam setiap hari.

Kedua-dua ibu bapanya turut membawanya ke Shanghai untuk mendapatkan bimbingan jurulatih profesional.

Ibu Lian, Lin Yangxi, berkata aktiviti itu membantu meningkatkan tumpuan, daya ingatan, pemikiran logik dan kesedaran ruang dalam kalangan kanak-kanak, selain membina keyakinan diri.

 

Must Watch Video

Advertisement