Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dipercayai dirogol ditemui berhampiran sebuah longkang di Madhya Pradesh, India pada hari Ahad.
Menurut pihak polis tempatan, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat dicekik selepas diperkosa.
Polis memaklumkan, kanak-kanak perempuan tersebut keluar dari rumahnya di Kamla Nagar sekitar jam 8 malam Sabtu lalu untuk membeli gutkha, iaitu sejenis manisan.
Namun, dia dikatakan tidak pulang ke rumah beberapa jam selepas itu dan ahli keluarganya mula risau serta melaporkannya kepada pihak polis.
Pegawai polis, Akhil Patel memberitahu media tempatan bahawa laporan awal bedah siasat mendapati kanak-kanak perempuan itu mati akibat dicekik selepas dia dirogol.
"Kami sedang menunggu laporan terperinci. Kami telah mengenal pasti tertuduh dan pasukan polis sedang mengesan suspek," katanya.
Ketua Inspektor daerah Bhopal, Yogesh Deshmukh memberitahu bahawa balai polis Kamla Nagar telah menerima aduan pada malam Sabtu tentang kehilangan kanak-kanak tersebut.
"Polis mencari mangsa pada malam itu, mayatnya ditemui kira-kira pukul 5 pagi hari ini," katanya.
Beliau juga memberitahu bahawa seorang anggota polis telah digantung tugas selepas ahli keluarga kanak-kanak tersebut mendakwa polis berkenaan tidak segera bertindak selepas aduan itu dibuat.
Ahli keluarga mangsa mendakwa kakitangan polis tiba di rumah mangsa agak lewat dan mereka lambat melakukan tindakan.
Agensi
Sun Jun 09 2019
Menurut pihak polis tempatan, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat dicekik selepas diperkosa.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Kanak-kanak perempuan dirogol, dicekik hingga mati dan dicampak ke longkang
Menurut pihak polis tempatan, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat dicekik selepas mangsa diperkosa.