Skip to main content

Dunia

Kanak-kanak selamatkan adik yang diserang anjing terima perisai daripada 'Captain America'

51595023923_TBMASHUPORANG.jpg
AKTOR Hollywood yang terkenal dengan watak "Captain America", Chris Evans menyampaikan mesej istimewa buat Bridger Walker, kanak-kanak enam tahun yang cedera teruk di muka selepas menyelamatkan adik perempuannya dari diserang anjing.

Bridger menjadi wira di internet selepas ibu saudaranya Nicole Walker menulis di Instagram pada 9 Julai menceritakan keberanian anak saudaranya itu.

Walker cedera teruk di muka sehingga terpaksa menerima hampir 90 jahitan, namun kanak-kanak berani itu berkata: โ€œJika ada orang perlu mati, saya rasa orang itu adalah saya.โ€

Evans menghantar video kepada keluarga Bridger dan mengucapkan tahniah kepada kanak-kanak itu selain mengesahkan akan memberi perisai "Captain America" kepada Walker.

โ€œKapten Amerika di sini. Jadi saya ada baca cerita anda; saya lihat apa anda lakukan dan saya juga pasti anda banyak kali sudah mendengar ayat ini, tapi biar saya menjadi orang seterusnya memberitahu ini kepada anda: 'Adik, anda adalah seorang wira. Apa yang anda lakukan sangat berani, tidak mementingkan diri. Adik anda bertuah kerana mempunyai anda sebagai abang',โ€ katanya.

Tambah Evans, dia akan menjejaki alamat Bridger dan menghantar perisai Captain America kerana kanak-kanak itu kerana dia layak untuk memilikinya.

Aktor "Spiderman" Tom Holland dan "Hulk" Mark Ruffalo juga menghubungi kanak-kanak itu baru-baru ini dan memuji tindakan Bridger melindungi adiknya daripada diserang anjing.

Advertisement

Must Watch Video