Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: PH nafi dalang tindakan terhadap PN, sifatkan konflik dalaman

Adam Adli menegaskan PH tidak mempunyai kaitan dengan isu berkenaan yang disifatkannya sebagai konflik dalaman pihak lawan. - Foto Bernama
Adam Adli menegaskan PH tidak mempunyai kaitan dengan isu berkenaan yang disifatkannya sebagai konflik dalaman pihak lawan. - Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Pakatan Harapan (PH) menafikan dakwaan terlibat dalam tindakan terhadap Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
  • Adam Adli Abd Halim menyatakan isu tersebut adalah konflik dalaman PN dan PH tidak pernah menggunakan gangguan terhadap parti lain sebagai strategi pilihan raya.
  • PH menegaskan pilihan raya harus memberi ruang kepada rakyat Melaka menentukan kerajaan negeri tanpa dikaitkan dengan pertelingkahan politik.
Advertisement

BUKIT BARU: Pakatan Harapan (PH) menafikan dakwaan kononnya gabungan itu terlibat dalam tindakan terhadap Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, PH tidak mempunyai kaitan dengan isu berkenaan yang disifatkannya sebagai konflik dalaman pihak lawan.

Menurutnya, dakwaan yang dibangkitkan pemimpin Gerakan itu tidak berasas kerana PH tidak pernah menjadikan gangguan terhadap parti lain sebagai strategi pilihan raya.

Advertisement

"Kita menolak dakwaan tersebut. Ini tidak ada kena-mengena, ini bukan strategi malah kita tidak terlibat langsung.

"Itu adalah konflik dalaman mereka," katanya pada sidang media PH di Bukit Baru, di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau mengulas dakwaan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mengaitkan tindakan terhadap pendaftaran PN dengan agenda politik PH.

Dominic sebelum ini mendakwa tindakan RoS terhadap PN dibuat atas motif politik menjelang PRN Melaka.

Bagaimanapun, Adam Adli menegaskan PH mahu pilihan raya kali ini memberi ruang kepada rakyat Melaka menentukan kerajaan negeri melalui proses demokrasi.

Katanya, pertandingan itu tidak seharusnya dikaitkan dengan pertelingkahan politik yang tiada hubungan dengan proses pilihan raya.

Sebelum ini, PN berdepan isu status pendaftaran gabungan itu susulan tindakan RoS, sebelum memperoleh perintah mahkamah yang membolehkan gabungan berkenaan menggunakan lambangnya pada PRN Melaka.

SPR menetapkan 14 November sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16.

Must Watch Video

Advertisement