Skip to main content

Dunia

Kanak-kanak setahun parah ditembak abang berusia 6 tahun

51516739375_GunKids.jpg
Seorang kanak-kanak berusia setahun parah selepas ditembak abangnya yang berusia 6 tahun. 

Kejadian berlaku di Charlestone, South Carolina, Amerika Syarikat pada awal pagi Sabtu ketika kedua-duanya sedang bermain senjata itu dalam sebuah bilik.

Polis kemudian tiba di lokasi kejadian, dan menemui kanak-kanak berkenaan berlumuran darah kerana ditembak abangnya.

Sepupu mangsa, seorang lelaki berusia 37 tahun dipercayai membawa masuk pistol berkenaan ke dalam rumah sebelum ditemui dua kanak-kanak terbabit. 

Dia kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut. 

Advertisement

Must Watch Video