awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak UK hilang sejak 6 tahun lalu dijumpai di Perancis

Bernama
Bernama
15/12/2023
09:54 MYT
Kanak-kanak UK hilang sejak 6 tahun lalu dijumpai di Perancis
Remaja itu mendakwa dia telah mendaki gunung berhampiran selama lebih empat hari dalam usaha untuk kembali ke England. - Gambar hiasan
LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki warga Britain yang ditemukan di Perancis selepas dipercayai dilarikan ibu kandungnya enam tahun lalu menyatakan hasrat untuk bertemu neneknya dan menjalani kehidupan yang normal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Alex Batty yang kini berusia 17 tahun dilaporkan hilang pada 2017 selepas bercuti bersama keluarga ke Sepanyol.
Penyiasat percaya dia telah dilarikan oleh ibunya Melanie Batty bagi menjalani kehidupan "alternatif" di luar negara.
Sementara itu, pelajar Chiropody, Fabien Accidini menumpangkan remaja itu pada awal pagi Rabu selepas melihat dia berjalan bersendirian berhampiran bandar Toulouse.
Lelaki berusia 26 tahun itu memberitahu Sky News bahawa Alex mendedahkan sejak dilarikan ibunya, mereka telah tinggal di sebuah rumah mewah di Sepanyol bersama kira-kira 10 orang yang dipercayai sebahagian daripada "komuniti rohani", sebelum berpindah ke Perancis pada sekitar 2021.
Remaja itu mendakwa dia telah mendaki gunung berhampiran selama lebih empat hari dalam usaha untuk kembali ke England.
Accidini pada mulanya berkata dia tidak percaya cerita yang disampaikan tetapi kemudian bersetuju untuk menghubungi polis.
"Selepas saya menghubungi polis untuk menjelaskan keadaan dan apabila polis tiba, ketika itulah saya menyedari keseluruhan cerita (adalah benar)."
Pelajar itu berkata Alex kelihatan tidak marah kerana "ditahan dalam komuniti" itu dan berkata dia tidak dirantai walaupun tidak jelas sama ada dia dibenarkan keluar pada bila-bila masa.
Accidini berkata: "Dia tidak menyesal (meninggalkan komuniti)... dia hanya mahu menjalani kehidupan yang normal dan berjumpa neneknya semula."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alex Batty
#kanak-kanak hilang
#UK
#Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan