KESEMUA lima penumpang kapal selam Titan yang dalam perjalanan untuk meneroka sisa bangkai kapal persiaran mewah, Titanic dilaporkan telah meninggal dunia.
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata, kapal selam berkenaan yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu itu dipercayai meletup berdekatan dengan Titanic.
Ahli keluarga lima-lima mangsa tragedi tersebut telah dimaklumkan.
Serpihan kapal selam berkenaan yang ditemui pasukan pencarian dan penyelamat berhampiran Titanic sekali gus menjadi petunjuk Titan telah berakhir di Laut Atlantik.
Bahagian ekor Titan bersama serpihan lain ditemui kira-kira 500 meter dari bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 4,000 meter di bawah laut berkenaan.
Dalam perkembangan sama, syarikat yang mengedalikan ekspedisi berkenaan, OceanGate berkata, kesemua penumpang Titan termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush, dipercayai telah meninggal dunia.
Empat mangsa lain dikenal pasti sebagai Shahzada Dawood serta anaknya Suleman Dawood, jutawan British Hamish Harding dan Paul-Henri Nargeolet.
"Dengan penuh rasa duka, kami kini mempercayai bahawa CEO kami, Stockton Rush, Shahzada Dawood dan anaknya Suleman Dawood, Hamish Harding, dan Paul-Henri Nargeolet, telah hilang," kata syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Dawood merupakan seorang ahli perniagaan berbangsa Pakistan-Britain dan anaknya berusia 19 tahun.
Harding, 58, pula seorang billionair Britain, manakala, Nargeolet merupakan seorang peneroka berusia 77 tahun dari Perancis.
"Mereka adalah pengembara sejati yang berkongsi semangat pengembaraan yang unik, dan semangat yang mendalam dalam meneroka dan melindungi lautan dunia.
“Hati kami bersama lima jiwa ini dan setiap ahli keluarga mereka dalam masa yang tragis ini," kata OceanGate lagi.
OceanGate mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic, yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland.
Kapal selam OceanGate yang dilaporkan hilang itu mampu memuatkan lima orang dengan bekalan oksigen selama empat hari.
Bagaimanapun, OceanGate tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bagaimana ia mengesahkan kesemua penumpang meninggal dunia. - Agensi
Astro Awani
Thu Jun 22 2023
Kesemua lima penumpang kapal selam Titan yang dalam perjalanan untuk meneroka sisa bangkai kapal persiaran mewah, Titanic dilaporkan telah meninggal dunia di Laut Atlantik. - Gambar REUTERS
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
Pemberian kontrak ISS 2 kapal selam TLDM bukti keyakinan kepada BHIC
Pemberian LOA ini membuktikan keyakinan kerajaan Malaysia terhadap kebolehan BSES dan BHIC menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan.
Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.
Dua MPA kesan kapal selam di Laut China Selatan dalam proses perolehan - Mohamad
Kementerian Pertahanan kini dalam proses perolehan dua pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) dari Itali.
Korea Utara lancar 'kapal selam serangan nuklear taktikal' baharu
Korea Utara melancarkan "kapal selam serangan nuklear taktikal" yang mampu melakukan serangan dalam air.
Singapura terima kapal selam pertama kelas Invincible
Tentera Laut Singapura pada Khamis menerima satu daripada empat kapal selam kelas Invincible, Impeccable di Pangkalan Tentera Laut Changi.
Tragedi Titan: CEO abai amaran tahap keselamatan kapal selam
Pakar penyelidikan laut dalam pernah berbincang mengenai keupayaan Titan menyertai ekspedisi laut dalam dengan CEO OceanGate yang juga mangsa tragedi itu.
Tragedi kapal selam Titan: Ini fakta dan kronologi kejadian yang perlu anda tahu
Semua lima mangsa yang berada dalam kapal selam itu disahkan maut sekali gus menamatkan operasi pencarian yang berlanjutan selama lima hari.
Kapal selam Titan meletup berhampiran Titanic, lima penumpang disahkan meninggal dunia
Serpihan kapal selam itu yang ditemui berhampiran Titanic menjadi petunjuk Titan telah berakhir di Laut Atlantik.
Pencarian Kapal Selam: Peronda Pantai AS temukan serpihan berhampiran Titanic
Peronda Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard) menemukan serpihan berhampiran Titanic dalam kawasan pencarian kapal selam yang hilang dengan lima orang di dalamnya.