Skip to main content
Advertisement

Dunia

Kapal tangki LPG terkena serpihan projektil tidak dikenali di Selat Hormuz - UKMTO

X @UK_MTO
UKMTO menggesa kapal yang melalui Selat Hormuz supaya berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan. - Foto UKMTO
Advertisement

ISTANBUL: Sebuah kapal tangki gas petroleum cecair (LPG) terkena “serpihan daripada projektil yang tidak dikenal pasti” di Selat Hormuz pada Isnin, menurut Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), lapor Anadolu Ajansi.

“Nakhoda melaporkan semua anak kapal selamat dan tiada kesan terhadap alam sekitar. 

"Kapal tangki itu akan meneruskan pelayaran ke pelabuhan persinggahan seterusnya.

“Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan,” menurut UKMTO dalam satu kenyataan di platform media sosial X sambil menggesa kapal yang melalui selat itu supaya berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan.

 

 

Tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini.

Insiden itu merupakan laporan kedua seumpamanya yang dikeluarkan UKMTO mengenai kejadian di Selat Hormuz pada Isnin.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement