awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa

Agensi
Agensi
06/10/2024
08:30 MYT
Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa
Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad. - Foto Reuters
SAMOA: Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad.
Kapal penyelam dan hidrografi khas, Manawanui itu dilaporkan terkandas di terumbu berhampiran pantai selatan Upolu pada Sabtu malam ketika belayar melakukan tinjauan.
Anggota tentera, Dave Poole, yang menyaksikan kapal tentera laut itu terbakar menyifatkan kejadian sebagai hari yang menyedihkan untuk penduduk di Samoa dan New Zealand.
Tambah Poole, ketika memasuki kawasan teluk, asap masih belum kelihatan namun selepas 15 minit kemudian, asap mula memenuhi ruang udara sebelum tenggelam.
Dalam pada itu, Reuters juga mengesahkan insiden tersebut melalui kenyataan rasmi dikeluarkan Menteri Pertahanan New Zealand, Judith Collins, dan Ketua Tentera Laut, Laksamana Muda Garin Golding.
Tentera Pertahanan New Zealand memaklumkan kesemua 75 anggota kru dan penumpang di atas kapal terbabit selamat. -- Agensi
Topic Berkaitan
#New Zealand
#kapal tentera
#terbakar
#tenggelam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan