Skip to main content

Malaysia

Perdana Menteri bentang kertas kerja Megatrends Khazanah kepada Kabinet Jumaat ini

Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Khazanah National Bhd Megatrends Forum 2026 hari ini. -fotoBERNAMA
Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Khazanah National Bhd Megatrends Forum 2026 hari ini. -fotoBERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan kertas kerja Khazanah Nasional mengenai forum megatrend pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.
  • Khazanah Megatrends Forum 2026 membincangkan cabaran global utama seperti geopolitik, perubahan iklim, demografi, ketidaksamaan dan teknologi.
  • Forum ini meneliti impak perubahan global terhadap pasaran, syarikat, dasar awam, pembangunan ekonomi dan masyarakat.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan kertas kerja Khazanah Nasional Bhd mengenai forum Megatrend pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

"Ia satu forum yang baik, dan saya akan membentangkan kertas kerja pertama anda mengenai Megatrend itu pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini," katanya ketika berucap pada Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2026, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata KMF mengupas cabaran global utama menerusi perspektif kuasa, termasuk geopolitik, perubahan iklim, demografi, ketidaksamaan dan teknologi.

Bertemakan “Who's Got the Power? Watching the Watchmen in an Imbalanced World', KMF 2026 merupakan satu penelitian mendalam mengenai di mana terletaknya kuasa, bagaimana ia dilaksanakan, dan bagaimana ia boleh diimbangi merentas sektor kewangan, teknologi, tenaga dan tadbir urus.

KMF membantu para peserta meneliti bagaimana perubahan global yang besar memberi kesan kepada pasaran, syarikat, dasar awam, pembangunan ekonomi dan masyarakat.

-- BERNAMA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Perdana Menteri berkaitan Khazanah Megatrends Forum? 
    A: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan kertas kerja Khazanah Nasional Bhd mengenai forum megatrend pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.
  • Q: Apakah tema utama Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2026? 
    A: Tema utama KMF 2026 ialah “Who's Got the Power? Watching the Watchmen in an Imbalanced World”.
  • Q: Apakah isu utama yang dibincangkan dalam KMF 2026? 
    A: KMF 2026 mengupas cabaran global utama seperti geopolitik, perubahan iklim, demografi, ketidaksamaan dan teknologi.
  • Q: Bagaimana KMF membantu para peserta? 
    A: KMF membantu peserta meneliti bagaimana perubahan global besar memberi kesan kepada pasaran, syarikat, dasar awam, pembangunan ekonomi dan masyarakat.
  • Q: Apakah sektor yang terlibat dalam penelitian KMF 2026? 
    A: KMF 2026 meneliti pelaksanaan dan imbangan kuasa merentas sektor kewangan, teknologi, tenaga dan tadbir urus.

Must Watch Video

Advertisement