awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kata sepakat dicapai antara Moscow, ketua Wagner - Media Rusia

Bernama
Bernama
25/06/2023
02:30 MYT
Kata sepakat dicapai antara Moscow, ketua Wagner - Media Rusia
Prigozhin memandang ke luar dari kenderaan tentera yang dinaikinya ketika meninggalkan Ibu Pejabat Daerah Tentera Selatan Rusia di Rostov-on-Don, Rusia, 24 Jun 2023. (Foto AP)
MOSCOW: Moscow dan Yevgeny Prigozhin, ketua kumpulan tentera swasta Wagner, mencapai kata sepakat hasil pengantaraan Presiden Belarus Alexander Lukashenko lewat Sabtu, Xinhua memetik laporan agensi berita RIA Novosti.
Prigozhin telah menerima cadangan Lukashenko untuk menghentikan kemaraan tentera upahan Wagner dan meredakan ketegangan, menurut laporan itu.
Pada pagi Sabtu, Putin memaklumkan rakan sejawatannya dari Belarus mengenai situasi di Rusia mengenai kumpulan Wagner.
"Presiden Belarus mengadakan perbincangan dengan Yevgeny Prigozhin... . Mereka mencapai persetujuan bahawa pertumpahan darah beramai-ramai di wilayah Rusia tidak boleh diterima," perkhidmatan akhbar presiden Belarus itu dipetik sebagai berkata.
Pejuang Wagner kemudiannya meninggalkan wilayah Rostov di selatan Rusia dan menuju ke kem lapangan mereka, lapor agensi berita TASS Rusia.
Kes jenayah terhadap Prigozhin akan digugurkan, dan beliau akan pergi ke Belarus, jurucakap Kremlin Dmitry Peskov memberitahu pemberita pada lewat Sabtu, tanpa mendedahkan apa yang akan dilakukan Prigozhin di Belarus.
Lukashenko telah mengenali secara peribadi dengan Prigozhin selama kira-kira 20 tahun dan "ini adalah cadangan peribadinya yang dipersetujui Putin.
"Terdapat matlamat yang lebih penting untuk mengelakkan pertumpahan darah, untuk mengelakkan konfrontasi dalaman, untuk mengelakkan pertembungan dengan keputusan yang tidak dapat dijangka. Demi matlamat ini usaha pengantaraan Lukashenko dibuat, dan Presiden Putin membuat keputusan yang sesuai," kata jurucakap itu.
Pertelingkahan dengan kumpulan Wagner tidak akan menjejaskan operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Wagner
#Alexander Lukashenko
#Yevgeny Prigozhin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan