awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia: Ketua kumpulan Wagner, pejuang berundur dari bandar Rostov-on-Don

Bernama
Bernama
25/06/2023
01:00 MYT
Rusia: Ketua kumpulan Wagner, pejuang berundur dari bandar Rostov-on-Don
Penduduk tempatan bersorak gembira apabila anggota Kumpulan Wagner bersiap untuk meninggalkan kawasan ibu pejabat Daerah Tentera Selatan di Rostov-on-Don, Rusia, 24 Jun 2023. (Foto AP)
MOSCOW: Ketua kumpulan separa tentera Wagner, Yevgeny Prigozhin, bersama pejuangnya dilapor telah meninggalkan bandar Rostov-on-Don di selatan Rusia.
"Wagner meninggalkan Rostov dan menuju ke kem lapangan mereka," lapor Agensi Anadolu memetik Gabenor wilayah Rostov Vasily Golubev sebagai berkata di Telegram pada Ahad.
Hantaran di media sosial menunjukkan Wagner meninggalkan bangunan Ibu Pejabat Daerah Tentera Selatan Rusia di Rostov-on-Don dan mengeluarkan peralatan ketenteraan dari bandar itu.
Terdapat rakaman video yang memaparkan Prigozhin meninggalkan Rostov-on-Don dengan menaiki kereta.
Wagner menuduh tentera Rusia menyerang pejuangnya pada Jumaat dan kumpulan itu kemudiannya menyeberang dari Ukraine ke bandar Rostov-on-Don.
Sebagai tindak balas, Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan di Rusia memulakan prosiding jenayah terhadap Wagner kerana "pemberontakan bersenjata."
Presiden Rusia Vladimir Putin melabelkan kebangkitan Wagner sebagai satu tindakan "pengkhianatan."
Anggota perkhidmatan Rusia mengambil posisi masing-masing sebaik diisytiharkan operasi menentang pengganas susulan pemberontakan oleh kumpulan tentera upahan Wagner, di wilayah Moscow, Rusia, 24 Jun 2023. - REUTERS
Anggota perkhidmatan Rusia mengambil posisi masing-masing sebaik diisytiharkan operasi menentang pengganas susulan pemberontakan oleh kumpulan tentera upahan Wagner, di wilayah Moscow, Rusia, 24 Jun 2023. - REUTERS
Prigozhin berkata pejuangnya akan meneruskan perjalanan ke Moscow, mendorong Kremlin untuk meningkatkan langkah keselamatan di pelbagai wilayah di negara itu.
Dia kemudian mendakwa pejuangnya memutuskan untuk berpatah balik bagi mengelakkan pertumpahan darah apabila mereka berada 200 kilometer (124 batu) dari Moscow, manakala Presiden Belarus Alexander Lukashenko berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan ketua Wagner dengan persetujuan Putin, dan Prigozhin menerima perjanjian untuk "mengendurkan ketegangan."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Wagner
#Presiden Belarus Alexander Lukashenko
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan