BEIJING: Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB114.367 trilion (RM75.4 trilion) pada 2021, meningkat 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menurut Biro Statistik Negara pada Isnin, jumlah KDNK per kapita diunjur melebihi AS$12,551 (RM52,321).
Ketua NBS, Ning Jizhe berkata data tersebut menandakan peningkatan terhadap kekuatan komprehensif China, termasuk produktiviti sosial dan taraf hidup rakyatnya.
Secara tidak langsung ia turut menggambarkan pembangunan China mempunyai dasar yang lebih kukuh, situasi lebih baik dan momentum yang mencukupi, katanya.
Ekonomi China kekal menduduki tangga kedua di dunia berdasarkan data tersebut, manakala jumlah pengeluaran biji-bijian China pula mencecah 682.85 juta tan pada 2021.
Selain itu, seramai 12.68 juta penduduk di bandar dan luar bandar China memperoleh pekerjaan baharu sepanjang tahun 2021, pertambahan sebanyak 830 ribu berbanding 2020.
Ia menyaksikan pendapatan per kapita penduduk seluruh negara mencecah RMB35,000 (RM23,072), meningkat 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala perbelanjaan per kapita penduduk pula sebanyak RMB24,000 (RM15,821), meningkat 12.6 peratus.
Sementara itu, jumlah jualan runcit sosial China pada 2021 merekodkan RMB44 trilion (RM29 trilion), keperluan domestik telah menyumbang 79.1 peratus kepada pertumbuhan ekonomi China sepanjang 2021.
Pertumbuhan ekonomi China yang pesat telah merangsang pertumbuhan ekonomi sejagat dan China dianggarkan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 25 peratus pada 2021.
China sejak setahun lalu telah mengambil langkah pencegahan dan kawalan yang lebih ketat agar kesihatan dan keselamatan 1.4 bilion rakyatnya terjamin.
China mendorong kerjasama antarabangsa secara aktif bagi melawan pandemik COVID-19.
Sehingga kini, China telah membekal lebih 2 bilion dos vaksin COVID-19 kepada lebih 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa, dan menjadikan ia negara paling banyak membekalkan vaksin kepada negara lain.
Pada era pembangunan baharu, China akan mempercepat pembentukan pola pembangunan baharu, komited terhadap usaha memelihara pengoperasian ekonomi pada julat yang munasabah dan mendorong pembangunan berkualiti tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022
Sehingga kini, China telah membekal lebih 2 bilion dos vaksin COVID-19 kepada lebih 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa. - Foto REUTERS
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.