Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan perkembangan terkini berhubung pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap di Jammu dan Kashmir, India disebabkan banjir yang melanda kawasan berkenaan.
Seramai 29 orang pelajar perubatan dari Kolej Perubatan Melaka-Manipal yang telah dilaporkan berada di Kashmir telah berjaya dihubungi melalui media sosial termasuklah melalui Facebook memandangkan perkhidmatan telekomunikasi dan kemudahan-kemudahan lain seperti jalan raya dan lapangan terbang terjejas teruk.
Seramai 19 orang pelajar Malaysia yang ini berlindung di sebuah hotel di Srinagar telah diberi bantuan oleh wakil pelancongan tempatan.
Seramai sebelas orang pelajar perempuan yang lain yang sebelum ini berlindung di rumah penduduk tempatan berdekatan dengan Sungai Jhelum, Kashmir telah diselamatkan oleh pihak tentera dan kini diberi perlindungan di Camp Victopura.
Konsulat Malaysia di Chennai sedang meningkatkan usaha dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk menghubungi dan memastikan keselamatan para pelajar terlibat.
Selain 29 orang pelajar yang dilaporkan terdahulu, Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai juga telah menerima maklumat mengenai 17 warga Malaysia yang dilaporkan mengadakan lawatan ke Jammu dan Kashmir bagi menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Srinagar.
Kumpulan tersebut dilaporkan tinggal di salah sebuah hotel di bandar tersebut. Pihak Konsulat Jeneral Malaysia sedang berusaha menghubungi kumpulan tersebut.
Secara keseluruhannya, terdapat 54 warga Malaysia yang dilaporkan terperangkap di Jammu dan Kashmir.
Kementerian Luar Negeri juga telah menerima pelbagai maklumat dan pertanyaan mengenai pelancong Malaysia yang lain di kawasan berkenaan. Sementara Konsulat Malaysia di Chennai bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pula sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa India di ibu negara.
YB Dato’ Sri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia telah berhubung dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri India, Puan Yang Terutama Sushma Swaraj untuk memohon bantuan kerajaan India dalam mengenal pasti lokasi dan berhubung dengan warga Malaysia yang terperangkap di kawasan banjir untuk dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Sehubungan dengan itu, Puan Yang Terutama Sushma Swaraj telah berjanji untuk menghulurkan segala bantuan yang terdaya daripada kerajaan India di dalam usaha untuk menyelamatkan warga Malaysia yang terkandas di kawasan banjir tersebut.
Sumber : Kementerian Luar Negeri, Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Neermal Shunmugam
Jabatan Penerangan & Diplomasi Awam (JPDA)
Kementerian Luar Negeri, Malaysia
Tel : 03 - 8887 4188
Bernama
Wed Sep 10 2014
Secara keseluruhannya, terdapat 54 warga Malaysia yang dilaporkan terperangkap di Jammu dan Kashmir.- Foto AP
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Keadaan pelajar Malaysia di Jammu dan Kashmir
Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan perkembangan terkini berhubung pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap di Jammu dan Kashmir.