awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan Puteri Bajrakitiyabha masih tidak sedarkan diri

Bernama
Bernama
08/01/2023
10:27 MYT
Keadaan Puteri Bajrakitiyabha masih tidak sedarkan diri
Puteri raja berusia 44 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 15 Disember lalu akibat serangan jantung. - Facebook/Monarchies Today
BANGKOK: Puteri Thailand, Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati yang dimasukkan ke hospital pada bulan lalu masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Hospital Memorial King Chulalongkorn di Bangkok memaklumkan puteri raja itu sedang menerima rawatan berkaitan "jantung, paru-paru dan buah pinggang", menurut Royal Household Bureau.
Puteri raja berusia 44 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 15 Disember lalu akibat serangan jantung.
Menurut pasukan perubatan, keadaan puteri yang masih tidak sedarkan diri itu disebabkan aritmia dan jangkitan mycoplasma.
"Doktor masih terus memantau dengan teliti keadaan puteri," menurut kenyataan pihak istana.
Puteri Bajrakitiyabha, anakanda sulung Raja Thailand Raja Mahal Vajiralongkorn dilaporkan rebah ketika melatih anjingnya untuk kejohanan Working Dog Championship di wilayah Nakhon Ratchasima pada 15 Dis.
Puteri Bajrakitiyabha merupakan puteri tunggal Raja Vajiralongkorn dan isteri pertamanya, Puteri Soamsawali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Puteri Thailand
#Puteri Bajrakitiyabha
#kesihatan
#Bangkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan