awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perancis lulus larangan media sosial bagi bawah 15 tahun
Schumacher tidak lagi terlantar di katil
Kebakaran kilang biskut di Greece ragut empat nyawa, seorang masih hilang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran belukar musnahkan beberapa rumah di New South Wales, Australia

Bernama
Bernama
06/12/2025
20:30 MYT
Kebakaran belukar musnahkan beberapa rumah di New South Wales, Australia
Kesan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah kediaman di New South Wales. - Gambar Reuters
SYDNEY: Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales (NSW RFS), agensi utama memerangi kebakaran belukar di negeri Australia itu, mengesahkan bahawa beberapa rumah telah musnah dalam insiden tersebut, lapor Xinhua pada Sabtu petang, memetik Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Pengesahan itu dibuat selepas rakaman langsung dari helikopter berita menunjukkan sekurang-kurangnya enam hartanah musnah di Nimbin Road, berhampiran Koolewong, menurut ABC.
NSW RFS mengeluarkan amaran kecemasan pada Sabtu petang bagi kawasan Nimbin Road susulan kebakaran belukar yang marak ke arah selatan di belakang Glenrock Parade menuju Lara Street.
"Jika anda berada di kawasan Nimbin Road, Glenrock Parade, Lara St dan Nimala Ave, anda berdepan risiko. Tinggalkan kawasan itu sekarang jika laluan keluar masih selamat menuju Woy Woy," kata pihak berkuasa.
NSW RFS kemudian mengeluarkan satu lagi amaran kecemasan untuk kawasan Baerami, Baerami Creek, Widden, Yarrawa dan Kerrabee berikutan kebakaran belukar besar. Kawasan berkenaan terletak di wilayah Upper Hunter, NSW dan lebih 200km ke barat laut pusat bandar Sydney.
Pihak berkuasa memberitahu penduduk di kawasan terbabit bahawa mereka berada dalam bahaya dan sudah lewat untuk beredar. Penduduk diminta berlindung di dalam struktur kukuh seperti rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#New South Wales
#Australia
#rumah musnah
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan