Kebakaran Crans-Montana: Dua pengusaha bar disiasat atas kesalahan cuai

Kebakaran dipercayai bermula daripada bunga api 'sparkler' yang menyambar bahan penebat kalis bunyi dalam premis. -Foto AP
CRANS-MONTANA: Dua pengusaha sebuah bar di pusat peranginan ski Crans-Montana, Switzerland, kini disiasat atas dakwaan kecuaian jenayah susulan insiden kebakaran pada malam sambutan Tahun Baharu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 40 nyawa dan mencederakan 119 orang, kebanyakannya remaja.
Ringkasan AI
- Siasatan jenayah ke atas dua pengusaha bar di Crans-Montana, Switzerland, dimulakan susulan kebakaran pada Tahun Baharu yang mengorbankan 40 nyawa dan cedera 119 orang, kebanyakannya remaja.
- Penyebab kebakaran dipercayai daripada bunga api 'sparkler' yang menyambar bahan penebat kalis bunyi di dalam bar, menyebabkan api merebak dengan cepat dan menyekat laluan keluar pengunjung.
- Menteri Kehakiman Switzerland menekankan keutamaan memberikan rawatan terbaik kepada mangsa cedera serta mengenal pasti mangsa yang terkorban, sementara siasatan turut meliputi isu kapasiti pengunjung, laluan keluar kecemasan, dan piawaian keselamatan di tempat hiburan.
Api marak dengan pantas, menyebabkan ramai pengunjung terperangkap ketika sambutan tahun baharu.
Menteri Kehakiman Switzerland, Beat Jans, dalam sidang media pada Sabtu berkata keutamaan kerajaan ketika ini adalah memberikan rawatan perubatan terbaik kepada mangsa yang cedera serta mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban.
“Majlis Persekutuan memberikan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang untuk menjalankan siasatan,” katanya, namun enggan mengulas lanjut mengenai tanggungjawab pihak terlibat.
Ketua Pendakwa Raya, Beatrice Pilloud, memaklumkan siasatan turut merangkumi aspek kapasiti pengunjung yang dibenarkan, laluan keluar kecemasan, serta kerja-kerja pengubahsuaian dan bahan binaan yang digunakan dalam premis tersebut.
Media tempatan melaporkan bahawa bar berkenaan dimiliki oleh sepasang suami isteri warga Perancis.
Wanita terbabit dilaporkan berada di dalam premis semasa kejadian dan mengalami kecederaan lecur di lengan, manakala suaminya berada di lokasi lain ketika itu.
Mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital di negara jiran untuk rawatan lanjut berikutan kapasiti hospital di Switzerland yang penuh.
Insiden ini disifatkan sebagai antara tragedi paling buruk dalam sejarah moden Switzerland dan mencetuskan gesaan agar piawaian keselamatan di tempat hiburan diperketatkan, khususnya semasa acara besar-besaran.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah punca kebakaran yang mengorbankan nyawa dan mencederakan ramai pengunjung di bar di pusat peranginan ski Crans-Montana, Switzerland? A: Kebakaran dipercayai bermula akibat bunga api jenis 'sparkler' yang menyambar bahan penebat kalis bunyi di dalam premis.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh Menteri Kehakiman Switzerland berkenaan insiden kebakaran tersebut? A: Menteri Kehakiman Switzerland menekankan keutamaan memberikan rawatan perubatan terbaik kepada mangsa yang cedera serta mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban.
- Q: Apakah yang dimaklumkan oleh Ketua Pendakwa Raya dalam siasatan terhadap dua pengusaha bar tersebut? A: Siasatan turut merangkumi aspek kapasiti pengunjung yang dibenarkan, laluan keluar kecemasan, serta kerja-kerja pengubahsuaian dan bahan binaan yang digunakan dalam premis tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

