awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan baharu landa Portugal dan Sepanyol

Bernama
Bernama
07/09/2025
08:32 MYT
Kebakaran hutan baharu landa Portugal dan Sepanyol
Antara penduduk tempatan yang sedaya upaya mencuba mengurangkan impak perebakan kebakaran di barat laut Sepanyol pada akhir bulan lalu. - AP
LISBON/MADRID: Ratusan anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan baharu di Portugal dan Sepanyol pada Sabtu, menurut pihak berkuasa perlindungan awam, selepas musim panas yang menyaksikan kebakaran besar melanda rantau itu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Kebakaran terbesar berlaku di Seia, tengah Portugal, yang memaksa penugasan 600 anggota bomba untuk mengawal api yang marak ditiup angin kencang, sementara beberapa jalan terpaksa ditutup, menurut agensi perlindungan awam.
Keutamaan adalah "melindungi rumah penduduk", lapor agensi berita Lusa yang memetik jurucakap perlindungan awam. Polis berkata seorang suspek yang disyaki memulakan kebakaran telah ditahan.
Di Sepanyol, pihak berkuasa menutup sementara kampung kecil Castromil di barat laut sebagai langkah berjaga-jaga pada Sabtu berikutan kebakaran berhampiran.
Kawasan itu sebelum ini terjejas teruk akibat gelombang kebakaran besar pada Ogos. Satu kebakaran di kawasan itu kembali marak pada Sabtu akibat tiupan angin kencang, menurut sumber daripada kementerian alam sekitar wilayah Castilla dan Leon.
Sepanyol pada Ahad menamatkan perintah darurat yang telah berkuat kuasa selama beberapa minggu susulan satu daripada gelombang kebakaran hutan terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Empat orang terkorban manakala lebih 300,000 hektar musnah terbakar.
Tengah dan utara Portugal turut musnah teruk akibat kebakaran hutan pada Ogos, yang mengorbankan empat nyawa dan menyebabkan beberapa orang cedera.
Kebakaran di Portugal memusnahkan kira-kira 254,000 hektar, angka terburuk sejak 2017, menurut data Institut Nasional bagi Pemuliharaan Alam dan Hutan.
Portugal mengalami musim panas paling panas sejak 1931 tahun ini, menurut agensi meteorologi negara pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Lisbon
#Portugal
#padam kebakaran
#misi menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan