awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan di Perancis, 10,000 penduduk terpaksa berpindah

Bernama
Bernama
11/08/2022
03:40 MYT
Kebakaran hutan di Perancis, 10,000 penduduk terpaksa berpindah
1,000 anggota bomba telah dikerahkan untuk memadam kebakaran itu. - Foto fail/AP
MOSCOW: Kira-kira 10,000 penduduk dipindahkan setakat Rabu di Gironde, barat daya Perancis akibat kebakaran hutan, kata pejabat pemantau wilayah itu, lapor Sputnik.
Api telah memusnahkan 6,200 hektar (15,300 ekar) tanah di wilayah yang terkenal dengan ladang anggur dan chateaux (rumah agam Perancis) yang lama. Tiada kecederaan dilaporkan, kata pegawai Martin Guespereau.
1,000 anggota bomba telah dikerahkan untuk memadam kebakaran itu.
Perdana Menteri Elisabeth Borne menjanjikan bantuan nasional kepada wilayah berkenaan. Beliau berkata akan ke Gironde pada Khamis bersama-sama dengan Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.
Kebakaran marak di seluruh selatan dan barat daya Perancis sejak Julai ketika haba melampau terus menyelubungi sebahagian besar Eropah. Kebakaran yang berlaku selama satu minggu dilaporkan menelan kos sejumlah EUR6.6 juta (AS$6.8 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Penduduk
#berpindah
#kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan