awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan di sempadan Perancis-Sepanyol

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2023
01:00 MYT
Kebakaran hutan di sempadan Perancis-Sepanyol
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran hutan di kawasan barat daya Perancis dan merentasi sempadan Sepanyol. - Foto REUTERS
SATU kebakaran hutan berlaku di kawasan barat daya Perancis dan merentasi sempadan Sepanyol.
Kebakaran disebabkan oleh faktor cuaca kering yang berpanjangan di selatan Eropah dan menyebabkan kebakaran hutan musim panas tahun lepas berulang.
Pasukan bomba Catalonia berjuang melawan api yang terus membakar kawasan di kawasan tersebut.
Pemandangan melalui udara menunjukkan kepulan asap menebal di bandar Portbou dan kawasan yang sudah terbakar.
Media Sepanyol, TVE, melaporkan sekurang-kurangnya 750 hektar kawasan telah terbakar di kedua-dua belah sempadan.
Api yang merebak merentasi sempadan ke Sepanyol, menyebabkan beberapa bangunan dan ladang penduduk tempatan di bandar Portbou terjejas.
Pasukan bomba berjaya menghalang api daripada merosakkan sejumlah rumah dan hanya dua rumah yang rosak akibat dari insiden itu.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dalam kalangan penduduk direkodkan.
Sepanyol dan selatan Perancis masih mengalami kebakaran hutan pada musim sejuk yang lalu, dengan taburan hujan yang rendah mengekalkan keadaan kering selepas kemarau yang teruk musim panas tahun lalu.
Beberapa daerah di selatan Perancis telah memperkenalkan sekatan air dan institut geologi negara itu telah memberi amaran bahawa simpanan air tanah yang rendah boleh menandakan kemarau yang lebih teruk menjelang musim panas ini.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#cuaca kering
#musim panas
#Taburan hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan