awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan terburuk dalam sedekad, 132,000 hektar musnah di Afrika Selatan

Bernama
Bernama
23/01/2026
10:18 MYT
Kebakaran hutan terburuk dalam sedekad, 132,000 hektar musnah di Afrika Selatan
Kabinet wilayah telah memohon pengisytiharan bencana wilayah daripada Pusat Pengurusan Bencana Negara, yang akan membolehkan ia menerima pembiayaan kecemasan. - Gambar/ Overstrand Municipality
CAPE TOWN: Kebakaran hutan yang memusnahkan sebahagian Western Cape, Afrika Selatan antara terburuk dalam sedekad ini dengan kira-kira 132,000 hektar kawasan musnah, kata Perdana Menteri Wilayah Alan Winde pada Khamis, lapor Xinhua.
Winde memberikan taklimat kepada ahli media di Cape Town mengenai tindak balas wilayah itu terhadap kebakaran yang merebak dan cabaran keselamatan air, dengan unjuran menunjukkan bahawa kebakaran boleh berlanjutan hingga Mei ini.
Winde berkata Kabinet wilayah telah memohon pengisytiharan bencana wilayah daripada Pusat Pengurusan Bencana Negara, yang akan membolehkan ia menerima pembiayaan kecemasan.
Beliau berkata walaupun tiada kematian dilaporkan, terdapat kemusnahan struktur yang meluas dan kehilangan besar hidupan liar dalam kebakaran terburuk sejak 2015 itu.
"Apabila menangani bencana seperti ini, keutamaan kami adalah untuk melindungi nyawa dan seboleh mungkin infrastruktur termasuk rumah," kata Winde. "Malangnya, struktur telah musnah namun keutamaan utama kami tetap untuk memastikan keselamatan awam."
Dari 1 Dis hingga 11 Jan, kerajaan wilayah itu membelanjakan 19 juta rand (kira-kira AS$1.2 juta) untuk operasi memadam kebakaran.
Winde juga menyatakan bahawa beberapa majlis perbandaran sedang mengalami cabaran keselamatan air dan Kabinet menyokong permohonan pengisytiharan bencana untuk memastikan tindak balas yang dilaksanakan kini berterusan.
Majlis Perbandaran Knysna paling teruk terjejas, menurut pegawai. "Isu ini semakin meruncing. Kami perlu meningkatkan tindak balas," tambah Winde.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#kebakaran hutan
#kebakaran terbesar
#Cape Town
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan