awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
Genggam PhD dari tirai besi: Malik bangkit tebus maruah diri
Sebanyak 618 kemudahan kesihatan berisiko ditutup di Somalia - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran kapal kargo Singapura: Sri Lanka bakal saman

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2021
23:56 MYT
Kebakaran kapal kargo Singapura: Sri Lanka bakal saman
Gambar Tentera Udara Sri Lanka menunjukkan kapal MV X-Press Pearl yang terbakar berhampiran pantai barat Sri Lanka, 26 Mei, 2021. (Foto AP)
PIHAK berkuasa Sri Lanka bakal mengenakan saman ke atas pemilik kapal kargo Singapura yang terbakar sejak 11 hari lalu berhampiran pantai barat negara itu.
Siasatan jenayah turut dijalankan terhadap kebakaran di atas kapal MV X-Press Pearl itu, yang membawa 25 tan asid nitrik dan sejumlah besar bahan mentah plastik.
Polis berkata, kebakaran masih belum dipadamkan sepenuhnya di bahagian belakang kapal sepanjang 186 meter itu.
Kebanyakan kargo di dalamnya musnah terbakar dengan terdapat di antaranya yang jatuh ke dalam Lautan Hindi.
Akibat kebakaran itu juga, beberapa tan butiran mentah plastik turut memenuhi pantai Sri Lanka, sehingga mendorong kepada pelaksanaan sekatan penangkapan ikan, selain mencetus kebimbangan kerosakan ekologi.
Setakat ini, Pihak Berkuasa Perlindungan Persekitaran Marin (MEPA) Sri Lanka sudah bertemu dengan Peguam Negara Sanjaya Rajaratnam bagi merangka tindakan undang-undang terhadap pemilik kapal kargo, anak kapal serta syarikat insurans.
Bagaimanapun, sehingga kini, penilaian terhadap kerosakan alam sekitar masih belum dibuat tetapi mereka percaya ia adalah pencemaran marin terburuk pernah berlaku di Sri Lanka.
Sementara itu, Ketua Tentera Laut Sri Lanka, Naib Laksamana Nishantha Ulugetenne berkata, kapal itu kini masih dijilat api, namun kebakaran sudah terkawal.
Katanya, ia akan mengambil masa beberapa hari lagi untuk dipadamkan sepenuhnya.
Siasatan awal mendapati, tiada kemungkinan kapal itu pecah atau terbelah dua.
Topic Berkaitan
#Singapura
#Sri Lanka
#saman
#Peguam Negara
#undang-undang
#Pantai
#kebakaran
#kapal
#MV X-Press Pearl
#Lautan Hindi
#kargo
#asid nitrik
#plastik
#pencemaran marin
#Marin
#kerosakan
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan