Skip to main content

Dunia

Kebakaran tanah gambut di Riau masih berterusan selepas 16 hari, 434 hektar hangus

 https://mediacenter.riau.go.id
Anggaran terkini yang dihitung menggunakan imej satelit Sentinel-2 mencatatkan peningkatan mendadak berbanding kira-kira 50 hektar semasa kebakaran itu mula dikesan. - Foto Media Center Riau
Advertisement

JAKARTA: Kebakaran hutan dan tanah di Sungai Guntung Hilir dalam Wilayah Riau, Indonesia telah menghanguskan 434.35 hektar tanah gambut dan masih aktif  walaupun operasi memadam kebakaran telah memasuki hari ke-16.

Ketua Daerah Operasi Manggala Agni Rengat Muhammad Sodik berkata anggaran terkini yang dihitung menggunakan imej satelit Sentinel-2 mencatatkan peningkatan mendadak berbanding kira-kira 50 hektar semasa kebakaran itu mula dikesan.

"Pada hari ke-16, kawasan seluas dua hektar berjaya dipadamkan sekali gus membawa kepada jumlah keseluruhan kawasan yang terpadam kepada kira-kira 45 hektar, manakala kawasan yang terjejas akibat kebakaran meliputi 434.35 hektar," katanya seperti dilaporkan agensi berita Antara pada Selasa.

Beliau berkata kebakaran itu memusnahkan kawasan tanah gambut yang diliputi semak samun dan kelapa sawit di Daerah Rengat, Wilayah Indragiri Hulu.

Sodik berkata tumbuh-tumbuhan yang tebal serta sumber air yang terletak kira-kira 300 hingga 500 meter dari posisi pemadaman menjejaskan operasi, dengan empat pam pemadam kebakaran bersama peralatan sokongan telah digerakkan ke lokasi kejadian.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement