Skip to main content

Dunia

Kebakaran tercetus selepas serangan ke atas pangkalan tentera di Kirkuk

X @bielferrigno 🇮🇶 Reports indicate Iraqi army personnel were killed following a helicopter strike attributed to U.S. forces in the Al-Dibs area of Kirkuk.
Rakaman berkenaan menunjukkan api marak di langit kawasan timur laut bandar itu sejurus selepas serangan berlaku. - Foto X/@bielferrigno

KIRKUK: Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di Pangkalan Imam Ali di Kirkuk, selepas satu serangan yang disahkan melalui rakaman video yang telah ditentusahkan oleh Al Jazeera.

Rakaman berkenaan menunjukkan api marak di langit kawasan timur laut bandar itu sejurus selepas serangan berlaku.

Advertisement

Pangkalan Imam Ali menempatkan anggota Popular Mobilisation Forces (PMF), atau Hashd al-Shaabi, sebuah gabungan kumpulan paramilitari majoriti Syiah yang mempunyai hubungan rapat dengan Iran dan kini beroperasi sebagai sebahagian rasmi daripada pasukan keselamatan Iraq.

Serangan terhadap pangkalan di Kirkuk berlaku ketika ketegangan semakin meningkat antara tentera Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan yang disokong Iran sejak tercetusnya perang terhadap Iran.

Kedua-dua pihak telah membalas serangan antara satu sama lain dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Pada Selasa, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam satu serangan yang menyasarkan sebuah bangunan digunakan PMF di Baghdad.

Pada Isnin, lapan anggota PMF terbunuh dalam serangan ke atas pusat pemeriksaan mereka di wilayah barat Anbar.

Siri serangan terkini menunjukkan peningkatan signifikan dalam konfrontasi ketenteraan antara AS dan kumpulan gabungan yang rapat dengan Tehran, sekaligus menambah ketegangan dalam konflik yang semakin melebar merentasi Iraq, Iran, Syria dan rantau Teluk.

Sejak permulaan perang terhadap Iran yang dipacu oleh serangan besar AS-Israel, wilayah Iraq menjadi medan utama pertempuran tidak langsung antara Washington dan kumpulan pro-Tehran.

PMF, yang memainkan peranan penting dalam keselamatan Iraq pasca-ISIS, kini kembali menjadi sasaran utama serangan udara dan dron.

Setakat ini, pihak berkuasa Iraq belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai jumlah kerosakan atau kematian akibat serangan di Kirkuk, namun saksi melaporkan letupan kuat sebelum kebakaran besar terlihat menjulang di kawasan pangkalan.

 

Must Watch Video