awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran gas ammonia di Manila: Dua pekerja kilang maut, lebih 90 dibawa ke hospital

Agensi
Agensi
04/02/2021
16:27 MYT
Kebocoran gas ammonia di Manila: Dua pekerja kilang maut, lebih 90 dibawa ke hospital
Kebocoran gas tersebut turut memaksa ratusan penduduk di kawasan berdekatan berpindah keluar ke tempat lebih selamat. - Foto AP
MANILA:Dua mangsa terkorban manakala 90 lagi mengalami kesesakan nafas susulan kejadian kebocoran gas ammonia yang berlaku di ibu negara Filipina pada Khamis.
Kebocoran gas tersebut turut memaksa ratusan penduduk di kawasan berdekatan berpindah keluar ke tempat lebih selamat.
Dua mangsa yang meninggal dunia merupakan pekerja di kilang TP Marcelo Ice Plant.
Menurut Datuk Bandar Bandar Navotas, seorang pekerja meninggal dunia pada Rabu selepas terdedah kepada gas tersebut, manakala mayat mangsa kedua, iaitu juruelektrik kilang terbabit, ditemui dalam bangunan kilang pada Khamis.
Susulan kejadian itu, lebih 90 penduduk dan pekerja di kawasan Bandar Navotas dikejarkan ke hospital selepas berdepan masalah sesak nafas.
Selain itu, mangsa turut mengadu sakit mata pedih.
Kebocoran gas itu dipercayai berpunca daripada penghawa dingin kilang terbabit.
Kilang itu kini ditutup namun kerja siasatan tertunda akibat tahap ammonia masih tinggi.
Topic Berkaitan
#kebocoran gas ammonia
#Manila
#Filipina
#TP Marcelo Ice Plant
#Navotas
#pekerja kilang maut
#sesak nafas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan