awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS kecam pelaksanaan hukuman mati empat aktivis pro-demokrasi Myanmar

Bernama
Bernama
26/07/2022
03:59 MYT
AS kecam pelaksanaan hukuman mati empat aktivis pro-demokrasi Myanmar
Menurut jurucakap junta Myanmar Global New Light, keempat-empat mereka didakwa atas sabitan "kes pembunuhan kejam."
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada Isnin mengecam hukuman mati terhadap empat aktivis pro-demokrasi di Myanmar, menuduh junta cuba menghantar mesej menakut-nakutkan mereka yang mahu memulihkan kerajaan pilihan rakyat.
"Tindakan keganasan yang tercela ini menunjukkan sikap rejim tidak menghiraukan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang," lapor Agensi Anadolu memetik Antony Blinken sebagai berkata dalam satu kenyataan.
"Perbicaraan palsu rejim dan pelaksanaan hukuman mati ini adalah percubaan terang-terangan untuk menghapuskan demokrasi; tindakan ini tidak akan sekali-kali memadam semangat rakyat Burma yang berani," katanya menggunakan nama lama bagi Myanmar.
"AS bersama-sama rakyat Burma dalam menuntut kebebasan dan demokrasi serta menyeru rejim untuk menghormati aspirasi demokrasi rakyat."
Hukuman mati itu dilaksanakan pada hujung minggu dan rejim tentera tidak membenarkan jasad aktivitis-aktivis itu diserahkan kepada keluarga mereka, menurut laman sesawang berita tempatan.
Mereka yang menjalani hukuman mati adalah Kyaw Min Yu, lebih dikenali sebagai Ko Jimmy, bekas ahli parlimen Phyo Zayar Thaw, Hla Myo Aung, dan Aung Thura Zaw yang ditangkap tahun lepas.
Menurut jurucakap junta Myanmar Global New Light, keempat-empat mereka didakwa atas sabitan "kes pembunuhan kejam."
Pelaksanaan hukuman mati itu merupakan kali pertama seumpamanya sejak era 1980-an di Myanmar.
Rampasan kuasa yang dilancarkan pada Februari 2021, mengakibatkan pergolakan dalam negara secara besar-besaran.
Tentera menggunakan kekerasan dalam percubaannya untuk menangani kebangkitan rakyat dan telah membunuh lebih 2,000 orang, menurut pemantau tempatan, Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 700,000 orang telah hilang tempat tinggal termasuk lebih 250,000 kanak-kanak sehingga 1 Jun.
Kira-kira 117 orang telah dijatuhi hukuman mati oleh junta sejak rampasan kuasa tentera tahun lalu, termasuk 41 yang dijatuhkan hukuman tanpa kehadiran mereka dalam perbicaraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#pro-demokrasi
#Antony Blinken
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan