WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menyelar "sabitan tidak adil" terhadap pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi dan menggesa beliau dan pegawai-pegawai lain yang ditahan dibebaskan.
"Sabitan tidak adil rejim tentera Myanmar terhadap Aung San Suu Kyi dan penindasan ke atas pegawai lain yang dipilih dalam pilihan raya menghina demokrasi dan keadilan di Burma.
"Tindakan rejim itu terus tidak menghiraukan kedaulatan undang-undang dan penggunaan kekerasan yang meluas terhadap rakyat Myanmar menunjukkan perlunya demokrasi Myanmar dipulihkan dengan segera," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Setiausaha AS Antony Blinken.
Terdahulu pada Isnin, mahkamah tentera di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara empat tahun atas tuduhan melanggar sekatan COVID-19 dan menghasut ke atas Suu Kyi, pemenang Hadiah Nobel Keamanan,
BACA: Aung San Suu Kyi didapati bersalah, dipenjara 4 tahun
Blinken menggesa Myanmar membebaskan Suu Kyi dan "semua yang ditahan secara tidak adil, termasuk pegawai lain yang dipilih secara demokrasi".
"Kami mengulangi gesaan kami agar rejim terlibat dalam dialog yang konstruktif dengan semua pihak untuk mencari penyelesaian secara aman demi kepentingan rakyat, seperti dipersetujui dalam Konsensus Lima Perkara ASEAN," kata Blinken.
Pada 1 Feb, junta tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa selepas mendakwa wujud penipuan dalam pilihan raya umum November 2020 dan ketegangan politik di negara itu.
Tentera menahan pemimpin dan pegawai parti pemerintah Liga Demokrasi Kebangsaan, termasuk pemimpin de facto Aung San Suu Kyi, dan mengisytiharkan darurat selama setahun.
Menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP) di Myanmar, lebih 1,100 orang dibunuh dan lebih 9,000 penunjuk perasaan ditangkap akibat kekerasan junta tentera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021

Blinken menggesa Myanmar membebaskan Suu Kyi dan "semua yang ditahan secara tidak adil, termasuk pegawai lain yang dipilih secara demokrasi". - Foto fail/REUTERS

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Suu Kyi dipenjara lima tahun terima rasuah
Mahkamah junta Myanmar hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Aung San Suu Kyi atas tuduhan rasuah membabitkan beberapa pemimpin politik kanannya.

Aung San Suu Kyi berdepan hukuman penjara 15 tahun
Mahkamah Tentera dijadual membuat keputusan berkaitan kes berkenaan hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Miliki 'walkie-talkie', Aung San Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara empat tahun
Lapor media tempatan Suu Kyi, 76, didapati bersalah antara lain kerana memiliki peralatan radio komunikasi atau walkie-talkie.

Kes Aung San Suu Kyi: Tiada siapa boleh atasi undang-undang - Junta Myanmar
Kenyataan ini dibuat pegawai kanan junta tentera Myanmar yang turut mendedahkan pemerintah negara itu telah meringankan hukuman Suu Kyi atas alasan kemanusiaan.

AS kecam 'sabitan tidak adil' terhadap Aung San Suu Kyi
Blinken menggesa Myanmar membebaskan Suu Kyi dan "semua yang ditahan secara tidak adil.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aung San Suu Kyi didapati bersalah, dipenjara 4 tahun
Dia didapati bersalah atas kesalahan menghasut perbezaan pendapat untuk menentang tentera dan melanggar peraturan COVID-19.

Aung San Suu Kyi dikenakan tuduhan tambahan
Beliau antara 16 bekas pemimpin kerajaan yang didakwa pada Selasa, termasuk bekas Presiden dan Datuk Bandar.

Tanpa penyertaan Myanmar, ASEAN tetap perlu lakukan yang terbaik untuk Rohingya
Blok serantau itu perlu bekerja lebih keras berhubung perkara ini untuk membantu komuniti paling teraniaya di dunia itu.