Skip to main content

Malaysia

Polis tahan dua lelaki disyaki curi kabel di Teluk Intan

FB Polis Daerah Hilir Perak  · · KEJAYAAN TANGKAPAN KES CURI KABEL TELEKOM MALAYSIA Polis Daerah Hilir Perak telah berjaya menyelesaikan satu kes kecurian kabel milik Telekom Malaysia dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Jalan Pasir Berdamar, Teluk Intan pada 16 Mac 2026.
Hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek membawa kepada rampasan guni mengandungi gulungan kabel tembaga dengan anggaran berat 5.3 kilogram. - Foto Polis Daerah Hilir Perak

IPOH: Dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia ditahan dalam satu operasi di Jalan Pasir Berdamar, Teluk Intan, dua hari lepas.

Polis Daerah Hilir Perak dalam kenyataan di Facebook malam tadi memaklumkan hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek membawa kepada rampasan satu guni berwarna putih yang mengandungi gulungan kabel tembaga dengan anggaran berat 5.3 kilogram.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat, selain semakan mendapati mereka turut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes kecurian kabel lain di sekitar daerah Teluk Intan.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut dan tindakan pertuduhan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, polis menasihati orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video