awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Arab Saudi di The Hague diserang dengan tembakan

Agensi
Agensi
12/11/2020
12:47 MYT
Kedutaan Arab Saudi di The Hague diserang dengan tembakan
Polis menemui beberapa sarung peluru di luar bangunan dan memulakan siasatan termasuk mencari saksi kejadian. - AP Newsroom
THE HAGUE:Kedutaan Arab Saudi di The Hague, Belanda menjadi sasaran serangan tembakan pada awal pagi Khamis yang meninggalkan kesan lubang peluru pada beberapa tingkap dan bahagian depan bangunan tersebut .
Menurut pihak polis tempatan, tiada kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian itu yang berlaku sehari selepas insiden letupan bom ketika sambutan hari memperingati mangsa Perang Dunia Pertama (WWI) di Jeddah.
Jurucakap polis, Steven van Santen, berkata pihaknya menerima laporan maklumat insiden itu pada jam 6 pagi waktu tempatan.
Pegawai penyiasat kemudian menemui beberapa sarung peluru di luar bangunan dan sehingga kini masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mencari saksi kejadian.
Pada Rabu, tiga orang cedera dalam kejadian letupan bom di kawasan tanah perkuburan bukan Islam di Jeddah di mana pegawai konsulat Amerika dan Eropah hadir bagi memperingati tamatnya WWI.
Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan kedua-dua kejadian serangan itu sehingga kini.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#kedutaan
#tembakan
#siasatan
#Belanda
#The Hague
#kubur
#Jeddah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan