BEBERAPA protes besar-besaran berlangsung di hadapan kedutaan Sweden di Iran dan Iraq.

Ia susulan insiden membakar kitab suci al-Quran di luar masjid di Stockholm pada Rabu oleh seorang pelampau di Sweden.

Di Baghdad, kumpulan protes berkumpul di kedutaan Sweden sambil membakar bendera komuniti lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) di hadapan kedutaan.

Protes di Baghdad mula berlaku selepas ratusan pengikut Ulama Syiáh Iraq, Muqtada Sadr menyerbu kedutaan Sweden.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri Iraq telah memanggil duta Sweden dan menyeru kerajaan Sweden untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menghentikan penghinaan berulang terhadap al-Quran yang suci.

Sementara itu, protes yang sama turut berlaku di bandar Tehran, Iran.

Kumpulan protes berkumpul di hadapan kedutaan Sweden di Tehran pada Jumaat untuk mengutuk kelakuan membakar kitab suci al-Quran di negara Eropah itu.

Mereka turut membakar bendera Sweden dan melaunkan slogan menentang Sweden, Amerika Syarikat, Israel, bahkan Britain.

Pada Rabu, seorang lelaki yang mengaku sebagai pelarian dari Iraq membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden.

Polis Sweden telah membenarkan kelakuan pelampau tersebut, atas alasan hak kebebasan bersuara.

Tindakan itu, yang berlaku semasa perayaan Hari Raya Aidiladha, mendapat kecaman meluas daripada penganut agama Islam dari seluruh dunia.