DUNIA
Keganasan: Dhaka bimbang penahanan rakyat Bangladesh, akan bekerjasama dengan Malaysia

Md Touhid hadir di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-32. - Foto Bernama
DHAKA: Penasihat Hal Ehwal Luar Bangladesh Md Touhid Hossain pada Jumaat menyuarakan kebimbangan berhubung penahanan beberapa warganegara Bangladesh di Malaysia baru-baru ini atas dakwaan berkaitan keganasan, lapor United News of Bangladesh (UNB).
Ringkasan AI
- Md Touhid Hossain menyuarakan kebimbangan berhubung penahanan beberapa warganya di Malaysia atas dakwaan berkaitan keganasan.
- Bangladesh bersedia bekerjasama dengan Malaysia untuk menyiasat dakwaan tersebut dan menegaskan pendirian tegas menentang keganasan.
- Malaysia memberi jaminan akan memudahkan akses maklumat serta kerjasama penuh dengan pihak berkuasa Bangladesh.
Hossain mengulangi pendirian tegas kerajaan Bangladesh menentang keganasan dan meminta kerjasama Malaysia dalam siasatan pihaknya melalui pertukaran maklumat dan penemuan.
Menteri Luar Malaysia memberi jaminan bahawa pihaknya akan memudahkan akses dan kerjasama dengan pihak berkuasa Bangladesh.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami