awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejatuhan rejim Assad kemenangan bagi negara Islam - Abu Mohammed al-Jolani

Agensi
Agensi
08/12/2024
23:15 MYT
Kejatuhan rejim Assad kemenangan bagi negara Islam - Abu Mohammed al-Jolani
Abu Mohammed al-Jolani berucap di hadapan penyokong-penyokongnya di Masjid Umayyad, Damsyik, pada Ahad. Ia merupakan ucapan sulung ketua kumpulan pembebas Syria itu susulan kejatuhan rejim Bashar al-Asaad. - Gambar AFP
DAMSYIK : Pemimpin utama di sebalik kumpulan pembebas Syria, Abu Mohammed al-Jolani menyifatkan penggulingan Presiden Bashar al-Assad sebagai "kemenangan bagi seluruh negara Islam" dalam kenyataan umum pertamanya sejak menawan kota ini.
“Kemenangan ini wahai saudaraku, adalah kemenangan bagi seluruh umat Islam.
“Kejayaan baharu ini saudara-saudaraku, menandakan satu lembaran baharu dalam sejarah rantau ini,” kata Ketua Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) iaitu sebuah kumpulan yang sebelum itu dikenali sebagai Nusra Front.
Dalam ucapan yang disampaikan di dalam Masjid Umayyad disini, pada Ahad, Jolani menegaskan, Syria telah menjadi "taman permainan untuk cita-cita Iran, menyebarkan fahaman mazhab, menularkan budaya rasuah," tetapi kini, Syria sedang disucikan oleh rahmat Tuhan Yang Maha Kuasa dan melalui usaha Mujahidin yang gagah perkasa.”
Iran dan proksinya, Hezbollah merupakan penyokong utama kerajaan Assad.
“Ini adalah negara yang, jika haknya diambil, akan terus menuntut mereka sehingga mereka dipulihkan,” kata Jolani, sambil menambah bahawa HTS akan membebaskan orang yang dipenjarakan oleh rejim Assad.
“Saudara-saudaraku, saya meninggalkan tanah ini lebih 20 tahun yang lalu dan hati saya merindui saat ini,” kata Jolani kepada pengikut-pengikutnya yang berkumpul di masjid Umayyah.
“Tidak ada satu rumah pun di Syria yang tidak disentuh perang. Alhamdulillah, hari ini Syria kembali pulih.” - Agensi
Topic Berkaitan
#rejim Bashar al-Assad
#Bashar al-Assad digulingkan
#kumpulan pembebas Syria
#Abu Mohammed al-Jolani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan