HANOI: Menteri-menteri Luar ASEAN pada Sabtu mengeluarkan kenyataan menyatakan kebimbangan mereka berhubung perkembangan terkini di Laut Timur (merujuk kepada Laut China Selatan).
Mereka menekankan kepentingan memelihara dan meningkatkan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kebebasan pelayaran di ruang maritim Asia Tenggara, terutamanya Laut Timur, lapor Agensi Berita Vietnam ( VNA).
"Kami juga mengesahkan keperluan untuk memulih dan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan bersama serta berwaspada dalam menjalankan aktiviti yang mungkin boleh merumitkan atau meningkatkan pertikaian serta menjejaskan keamanan dan kestabilan, mengelakkan tindakan yang boleh menyulitkan lagi keadaan dan meneruskan penyelesaian pertikaian secara aman mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk UNCLOS 1982 (Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982)," menurut kenyataan itu.
Menteri-menteri luar ASEAN juga menekankan kepentingan pelaksanaan penuh dan berkesan Deklarasi Perilaku Pihak-pihak (DOC) di Laut Timur secara keseluruhannya dan komited untuk berusaha ke arah penyelesaian Kod Tata Kelakuan (COC) di Laut Timur yang berkesan dan substantif selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk UNCLOS 1982.
Mereka juga mengulangi kepentingan dialog aman yang menyumbang secara konstruktif kepada promosi kestabilan dan kerjasama serantau dalam domain maritim.
Menyambut baik dialog maritim antara China dan Amerika Syarikat di Beijing baru-baru ini dan pertemuan antara Presiden AS Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di California, mereka berharap dialog sedemikian akan meneruskan usaha ASEAN untuk mengukuhkan kestabilan dan kerjasama dalam ruang maritim rantau itu.
Ini adalah kali kelima ASEAN membangkitkan isu maritim sejak 1995, dengan kenyataan terbaru mengenai Laut Timur dikeluarkan pada 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023
Menteri Luar ASEAN menekankan kepentingan memelihara dan meningkatkan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kebebasan pelayaran di ruang maritim Asia Tenggara. - Gambar fail
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.