Skip to main content

Dunia

AS keluarkan kapal tangki berkaitan Rusia daripada senarai hitam sekatan

Sumber: Adobe Stock
OFAC menyahsenarai Astra, sebuah kapal tangki kimia dan minyak berbendera Vietnam yang sebelum ini disekat di bawah perintah eksekutif berkaitan Rusia dan dikaitkan dengan Sao Viet Petrol Transportation Company Limited. - Gambar hiasan

HAMILTON (KANADA): Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengemas kini senarai sekatannya pada Jumaat dengan mengeluarkan kapal berkaitan Rusia dan memasukkan nama pusat peranginan Mexico yang didakwa terikat dengan kartel dadah, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) menyahsenarai Astra, sebuah kapal tangki kimia dan minyak berbendera Vietnam yang sebelum ini disekat di bawah perintah eksekutif berkaitan Rusia dan dikaitkan dengan Sao Viet Petrol Transportation Company Limited.

Tiada penjelasan diberikan untuk perubahan itu.

OFAC, dalam langkah berasingan, menambah tiga nama samaran baharu kepada Kovay Gardens, perniagaan penginapan jangka pendek di La Cruz de Huanacaxtle, Nayarit, Mexico, yang kini turut dikenal pasti sebagai Marina Oasis Beachfront Resort, Navira Villas & Residences dan Vallarta Gardens.

Hartanah itu didakwa masih dikaitkan dengan kartel dadah “Cartel de Jalisco Nueva Generacion” (CJNG) di bawah perintah eksekutif memerangi narkotik dan keganasan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video