TUBAS: Penghuni kem pelarian al-Fara yang terletak di selatan Tubas, bandar di timur laut Tebing Barat, Palestin Jumaat lalu dikejutkan dengan serangan hendap tentera Israel.
Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan serangan hendap berkenaan mengakibatkan enam penghuni terkorban, manakala sembilan lagi cedera apabila tentera Zionis Israel mengepung kem mereka kira-kira sejam bermula sembilan pagi sebelum melepaskan tembakan rambang bertubi-tubi ke arah kem itu.
Menurut seorang aktivis di Kem al-Fara, Khalid Mansur, "Selepas mengepung kem, beberapa penembak hendap menaiki bumbung bangunan berhampiran termasuk kompleks perubatan Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA). Mereka kemudiannya melepaskan tembakan rambang ke arah kami mengorbankan enam orang."
"Tentera Zionis sering kali menyasarkan kem pelarian memandangkan kem ini penuh sesak dengan rakyat Palestin," katanya.
Kem Pelarian al-Fara yang diasaskan pada tahun 1949 itu menempatkan seramai 6,350 orang pelarian berdasarkan data Pusat Statistik Palestin pertengahan tahun ini.
Khalid menjelaskan antara mereka yang syahid itu ada yang terbunuh semata-mata kerana ingin keluar melihat apa yang berlaku di sekitar kediaman mereka dan ada yang terkorban ketika cuba menarik jirannya yang ditembak mati di hadapan rumahnya.
"Paling menyedihkan korban termuda dalam kalangan mereka ialah Mahir Abdullah Jawabirah, 14, iaitu anak saudara kepada Mahir Jawabirah yang mati syahid bersama enam lagi mangsa yang lain semasa permulaan Intifada al-Aqsa pada tahun 2001, apabila tentera Israel membedil kawasan berhampiran kem pelarian yang sama," katanya lagi.
Seorang lagi penghuni kem berkenaan, Ummu Muhammad mengesahkan bahawa serangan kali ini adalah yang paling dahsyat dan berbahaya berbanding serangan sebelum ini.
"Kelongsong peluru bertaburan di atas tanah. Selain menembak secara rambang, tentera Zionis juga dengan sengaja merosakkan harta benda kami, terutamanya kenderaan. Ada yang penuh dengan kesan peluru, ada juga yang dibakar musnah sepenuhnya," katanya (she said).
Sebelum ini, Zionis Israel sudah pun menyasarkan kem pelarian lain di Tebing Barat termasuk Kem Jenin, Tulkarm, Nur Shams dan Aqabat Jaber, menjadikan Kem al-Fara satu episod baharu dalam siri serangan terancang Israel.
Media melaporkan angka korban di Tebing Barat dan al-Quds sejak awal tahun 2023 mencecah 478 orang, manakala Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan 272 orang terkorban sejak Israel memulakan serangan pada 7 Oktober lalu di Semenanjung Gaza sehingga Jumaat lalu, menjadikan jumlah syuhada Gaza seramai 17,000 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Penghuni kem pelarian al-Fara dikejutkan dengan serangan hendap tentera Israel. -Gambar fail/Reuters
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Kem al-Fara, sasaran baharu siri serangan Israel
Serangan hendap berkenaan mengakibatkan enam penghuni terkorban, manakala sembilan lagi cedera apabila tentera Zionis Israel mengepung kem mereka.