awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya ditinggalkan tanpa perlindungan

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2024
22:30 MYT
Kem terbakar: 4,000 pelarian Rohingya  ditinggalkan tanpa perlindungan
Sekurang-kurangnya 711 pusat perlindungan terbakar sepenuhnya dan 63 lagi rosak sebahagiannya. - Foto REUTERS
COX'S BAZAR: Kira-kira 4,000 pelarian Rohingya di Bangladesh ditinggalkan tanpa perlindungan selepas berlaku serangan yang turut membakar hampir 800 rumah di kem mereka.
Bangladesh adalah rumah kepada kira-kira sejuta Rohingya, kebanyakan mereka melarikan diri daripada tindakan keras tentera Myanmar pada tahun 2017 terhadap minoriti Islam.
Pesuruhjaya Pelarian, Mizanur Rahman berkata, kebakaran yang memusnahkan kompleks tempat perlindungan padat diperbuat daripada buluh pada awal pagi hari Ahad berlaku di sebuah kem di tenggara negara itu.
Ujar beliau, sekurang-kurangnya 711 pusat perlindungan terbakar sepenuhnya dan 63 lagi rosak sebahagiannya.
Lima pusat pendidikan dan dua masjid turut musnah dalam kebakaran itu.
Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan 4,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya.
Rahman berkata, pihaknya mengarahkan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran itu.
Siasatan awal mendapati, insiden disyaki sebagai satu perbuatan khianat.
Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata, kebakaran besar merosakkan banyak tempat perlindungan pelarian.
Jelas agensi itu lagi, kebakaran berpuluh-puluh kem pelarian Rohingya di Bangladesh adalah perkara biasa, terutama pada musim kemarau dari November hingga April.
Tetapi kebanyakan kem itu juga dirosakkan oleh kumpulan Rohingya yang bermusuhan antara satu sama lain.
Polis berkata, keselamatan di kem semakin teruk dengan lebih 60 pelarian terbunuh dalam peperangan dan pertempuran berkaitan dadah tahun lepas, jumlah tertinggi dalam rekod.
Pada Mac lalu pula, kebakaran di kem Kutupalong, salah satu penempatan pelarian terbesar di dunia, memusnahkan 2,000 tempat perlindungan.
Dua tahun sebelum itu, sekurang-kurangnya 15 Rohingya terbunuh dan 50,000 lagi pelarian hilang tempat tinggal selepas kebakaran di kem yang sama.
Topic Berkaitan
#Rohingya
#kebakaran
#kem pelarian
#perbuatan khianat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan