Skip to main content

Dunia

Kemalangan keretapi berulang di Amerika Syarikat

71369782896_295x200.jpg
Dalam kejadian kemalangan keretapi terbaru dekat Baltimore, Maryland pemandunya dilapor mengalami cedera teruk selepas ia terbabas dan kemudian terbalik.

Nahas berlaku ketika ia membawa bahan kimia.

Letupan yang berlaku menyebabkan api menjulang setinggi 20 meter ke udara.

Ia kemudian menyambar 15 gerabak yang lain dan menyebabkan beberapa bangunan yang berada berhampiran runtuh.

Dalam kenyataannya, Jabatan Bomba dan Polis daerah Baltimore memaklumkan punca kejadian masuh belum dikenal pasti.

Ia turut mengesahkan, gerabak berkenaan tidak membawa sebarang bahan kimia beracun.

Sebagai langkah pencegahan orang ramai dinasihat menjauhi kawasan berkenaan sehingga kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan.

Advertisement

Must Watch Video