INTERNATIONAL
Kemangkatan Raja Bhumibol: Penghormatan hitam putih dunia digital Thailand

Antara portal Bahasa Inggeris yang popular iaitu The Nation dan The Bangkok Post kini menggunakan tema hitam putih untuk kesemua kandungan termasuk iklan. -Gambar Bangkok Post
WARNA hitam putih menguasai dunia digital Thailand dengan bermulanya tempoh perkabungan susulan kemangkatan Raja Thailand Bhumibol Adulyadej pada Khamis.
Antara portal Bahasa Inggeris yang popular iaitu The Nation dan Bangkok Post kini menggunakan tema hitam putih, termasuk iklan yang disiarkan.
Rencana utama mereka memfokus kepada kehidupan baginda dan perkembangan terkini tentang majlis pengebumian.


Enjin carian Google turut menghormati kemangkatan Raja Bhumibol dengan menukar logo kepada warna hitam bagi pengguna yang melayari www.google.co.th.

“Thailand kini dalam tempoh perkabungan kerana kemangkatan Raja (Bhumibol) dan pembuangan iklan merupakan satu adat.
“Kami masih tidak tahu berapa lama tempoh perkabungan ini dan kami akan memberikan maklumat lanjut apabila dimaklumkan kelak,” kata Facebook dalam satu ruang khusus untuk pelanggan Facebook Business.

Dalam tradisi Thailand, pakaian perkabungan adalah berwarna gelap atau hitam.
Kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut bendera Thailand di semua bangunan pejabat, syarikat milik kerajaan dan agensi kerajaan dikibarkan separuh tiang selama 30 hari bermula esok.
Tempoh perkabungan untuk penjawat awam dan semua petugas agensi kerajaan ditetapkan selama setahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami