awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Airbus mula uji robot Walker S2 yang boleh tukar bateri sendiri
Inisiatif pendidikan percuma: Pelajar autisme rakam penghargaan kepada PM
Terjemahan silap titah Agong: Polis rakam percakapan dua pegawai kanan China Press
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian diplomat Indonesia di Peru dikaitkan dengan pembunuh upahan

Agensi
Agensi
04/09/2025
05:45 MYT
Kematian diplomat Indonesia di Peru dikaitkan dengan pembunuh upahan
Zetro Leonardo Purba maut selepas ditembak tiga kali pada Isnin. - Gambar/ FB Zetro Leonardo Purba
PIHAK berkuasa Peru menyiasat kejadian diplomat Indonesia maut ditembak di negara itu sebagai kes 'pembunuhan kontrak' yang dilakukan oleh pembunuh upahan.

Ringkasan AI
  • Seorang pegawai kedutaan Indonesia di Lima, Zetro Leonardo Purba, maut ditembak dalam kejadian yang disiasat sebagai pembunuhan kontrak oleh pembunuh upahan, tanpa sebarang barang milik mangsa diambil.
  • Rakaman CCTV menunjukkan suspek bersenjata menembak mangsa sebelum melarikan diri menaiki motosikal bersama rakan, manakala kerajaan Indonesia menggesa siasatan telus dan perlindungan lebih ketat untuk warganya di Peru.
  • Menteri Luar Peru menyifatkan insiden itu sebagai petanda masalah keselamatan yang semakin meruncing di negara itu, dengan lebih 6,000 kematian direkodkan sejak awal tahun dan peningkatan kes pemerasan.

Zetro Leonardo Purba, 40, seorang pegawai di kedutaan Indonesia di Lima, ditembak tiga kali pada Isnin berhampiran bangunan apartmennya.
Menteri Dalam Negeri, Carlos Malaver memberitahu Parlimen serangan itu diklasifikasikan sebagai 'pembunuhan kontrak', sambil menambah tiada barangan diambil daripada mangsa, yang telah berada di Peru selama lima bulan.
"Mereka menunggunya, dan peluru mengenai kepalanya. Mereka (berniat) membunuhnya," kata Malaver.
Polis mendedahkan rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan seorang lelaki bersenjata yang memakai topi keledar melepaskan tembakan ke arah Purba. Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal yang dipandu oleh rakannya.
Menteri Luar Indonesia, Sugiono, menggesa Peru menjalankan siasatan dengan teliti, telus, dan pantas, sambil menyeru perlindungan yang lebih ketat untuk warganegara Indonesia di negara itu.
Kementerian Luar Peru berjanji memberikan sokongan penuh kepada duta dan kakitangan kedutaan Indonesia.
Menteri Luar, Elmer Schialer berkata pembunuhan itu menandakan "masalah keselamatan" Peru yang semakin teruk, menyifatkannya sebagai "satu lagi amaran."
Kerajaan Presiden Dina Boluarte menghadapi tekanan berhubung peningkatan keganasan sejak kebelakangan ini.
Angka rasmi menunjukkan 6,041 orang terbunuh antara Januari hingga pertengahan Ogos tahun ini, jumlah tertinggi untuk tempoh sama sejak 2017.
Aduan pemerasan juga meningkat 28 peratus dalam tujuh bulan pertama tahun ini, mencecah hampir 16,000 kes.
Topic Berkaitan
#Zetro Leonardo Purba
#Indonesia
#Peru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan