Skip to main content

Dunia

NASA tolak kemungkinan asteroid hentam Bulan pada 2032

This undated photo provided by NASA shows a view from orbit looking at the surface of the moon. (Ernie T. Wright/NASA via AP, File)
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat  secara muktamad menolak sebarang kemungkinan asteroid 2024 YR4 akan berlanggar dengan Bulan pada tahun 2032, berdasarkan pemerhatian baharu daripada James Webb Space Telescope. - Gambar fail/AP

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat  secara muktamad menolak sebarang kemungkinan asteroid 2024 YR4 akan berlanggar dengan Bulan pada tahun 2032, berdasarkan pemerhatian baharu daripada James Webb Space Telescope.

Pengiraan orbit sebelum ini menunjukkan terdapat kemungkinan kecil sebanyak 4.3 peratus yang asteroid itu mungkin menghentam Bulan, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Advertisement

Bagaimanapun, bacaan yang lebih tepat daripada teleskop James Webb yang dikumpul pada Februari lepas mengesahkan yang asteroid itu akan melintas pada jarak selamat kira-kira  21,243.3 killometer dari permukaan Bulan pada 22 Disember 2032.

Asteroid yang dianggarkan berdiameter kira-kira 61 meter atau sebesar bangunan 15 tingkat dikesan pada akhir 2024 oleh sistem amaran awal di Chile.

Pada awal 2025, terdapat kebimbangan yang ia mungkin berlanggar dengan Bumi, namun kemungkinan itu segera diketepikan. Ketidakpastian mengenai kemungkinan hentaman dengan Bulan pula berlarutan lebih lama.

Sejak musim bunga 2025, asteroid itu menjadi terlalu malap untuk diperhatikan sehingga ia berjaya dirakam semula bulan lepas oleh kamera teleskop James Webb, sekali gus mengesahkan yang ia akan melintas dengan selamat tanpa menghentam Bulan.

 

Must Watch Video